Pengikut

Jun 30, 2010

Peek-A-Boo Jungle!!!

WILD ANIMALS



SONG & FINGERPLAYS

I Went to the Jungle One Day
 (tune: "London Bridge”)

I went to the jungle one day,
jungle one day, jungle one day.
I saw a lion on the way
and this is what he said,
......."ROAR"!

Continue by adding other jungle animals and their sounds!

 

Jun 29, 2010

KRITERIA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH

 Warganegara Malaysia sahaja mengikut keutaaman berikut :

             MURID                            BAPA                                        IBU
 1.   Warganegara                  Warganegara                         Warganegara
 2.   Warganegara                  Warganegara                       Penduduk Tetap
 3.   Warganegara                Penduduk Tetap                      Warganegara
 4.   Warganegara                Penduduk Tetap                    Penduduk Tetap
 5                               Bukan warganegara tidak layak

Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun ke atas pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa,
(Keutamaan kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, jika tidak mencukupi barulah pemilihan dibuat dikalangan kanak-kanak berumur 4 tahun).

Keutamaan pemilihan berdasarkan kriteria berikut :
   
 1.3.1 Kanak-kanak yang mendaftar ke Tahun Satu di sekolah tersebut.
     
1.3.2 Merit pendapatan ibubapa/penjaga di bawah garisan kemiskinan dan ranking pendapaatn perkapita
         keluarga dari rendah ke tinggi seperti berikut:

  • kurang dari RM 1,000.00

  • RM 1,001.00 hingga RM 1,500.00

  • RM 1,501.00 hingga RM 2,000.00

  • RM 2,001.00 hingga RM 3,000.00

  • RM 3,001.00 hingga RM 4,000.00

  • RM 4,001.00 hingga RM 5,000.00

  • RM 5,001.00 ke atas    
1.3.3  Tanggungan ibubapa/penjaga. (keramaian anak yang masih belajar)
1.3.4  Status ibubapa/penjaga

Jumlah bilangan murid setiap kelas hendaklah seperti berikut :
1.4.1 Kelas perdana hendaklah tidak melebihi 25 orang murid.
 1.4.2 Kelas integrasi hendaklah tidak melebihi 7 orang murid.  

PROSES PERMOHONAN DAN PEMILIHAN

Pihak sekolah hendaklah membuat siaran permohonan murid prasekolah secara meluas dan menerima banyak permohonan sehingga tarikh tutup melalui kaedah berikut:

  • Banner' di kawasan hadapan sekolah

  • Surat pemakluman kepada penjaga yang anaknya didaftar di sekolah tersebut.

  • Poster yang ditampal di masjid, surau atau kedai.
Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatnkuasa Pemilihan Murid Prasekolah yang terdiri daripada:

  • Guru Besar                              : Pengerusi

  • GPK Pentadbiran                    : Naib Pengerusi

  • Guru Prasekolah                     : Setiausaha

  • Guru Tahap 1                         : AJK

  • Guru Tahap 2                         : AJK

  • Wakil Komuniti                      : AJK

  • Pembantu Pengurusan Murid  : Pencatat   
Semua permohonan hendaklah diperakui dan direkod oleh Jawatnkuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

Keputusan semua permohonan sama ada berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pemohon melalui surat rasmi.

Pihak sekolah hendaklah mengeluarkan surat tawaran dan borang penerimaan kemasukan murid prasekolah kepada ibubapa/penjaga yang berjaya.

Sekiranya terdapat calon yang menolak tawaran tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan berhak memilih calon-calon simpanan mengikut senarai keutamaan. 

Rezeki Si Anak Tupai...

Assalamualaikum..
Cerita Rezeki Si Anak Tupai yang saya post kali ni merupakan kejayaan Prasekolah Semaian Subur SK Jengka 11 pada tahun lepas apabila adik Wan Nurul Iqtiyani  Wan Muhammad berjaya  ke Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Pahang dan telah menggondol Naib Johan Bercerita Bahasa Melayu hanya tewas 2 mata dengan pihak lawan. Cerita ini telahpun saya dan Cikgu Norhayati Omar (umi Iqtiyani) edit supaya ia lebih menarik dan alhamdulillah inilah hasilnya..
Sehingga kinipun Si Cilik ini sentiasa menggondol JOHAN tidak kiralah walau competition lain pun yang disertainya..TAHNIAH!!!..kamu memang berbakat..



REZEKI SI ANAK TUPAI


Assalamualaikum dan salam 1 MALAYSIA. Kawan-kawan nak dengar cerita? Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Rezeki Si Anak Tupai’.


Dalam sebuah hutan, tinggal seekor anak tupai yang bernama Cici. Cici tinggal bersama ibunya. Dia sungguh pandai mencari makanan. Cici berani memanjat pokok dan melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.


Suatu pagi yang cerah, ibu Cici ingin mencari makanan.


“Hai anakku! Kamu duduk di sarang ya! Biar ibu yang pergi cari makan,” kata ibu Cici. Tetapi, Cici tidak bersetuju. Dia berkata dengan lembut,“Ibu, biarlah Cici yang pergi cari makanan,ibu berehatlah di sarang.”


Ibu Cici hanya tersenyum. Dia tahu anaknya itu sangat rajin mencari makanan.


“ Berhati- hati panjat pokok tu. Jangan sampai jatuh!, jerit ibu Cici.
Cici mendengar nasihat ibunya. Dia pun berlalu dari situ. Cici melompat dengan senang hati.

“ la..la..la..la..la..la..la (lagu anak tupai)


Tiba-tiba, Cici ternampak pokok durian. Buahnya sungguh banyak.


“Ibu tentu gembira jika aku memberi buah ini kepadanya,” bisik Cici. Kawan-kawan tahu, rupanya ada seekor monyet yang sedang memerhatikannya. Sang monyet tahu Cici ingin mengambil buah durian di pokok itu.

“Pokok ini milik aku!”. kata Sang Monyet dengan sombong dan marah.


“Jangan tamak Pak cik Monyet. Buah durian ini terlalu banyak!”. Laratkah pakcik untuk makan kesemuanya?” kata Cici dengan hampa.
Sang Monyet tetap tidak membenarkan Cici mengambil buah durian di pokok itu. Dia memandang Cici dengan wajah yang garang. Namun, Cici yakin rezekinya tetap ada jika ia terus berusaha


Akhirnya ada juga rezeki Cici. Dia menemui pokok pisang hutan. Buahnya sedang masuk ranum. Apalagi kawan-kawan, Cici pun makan pisang itu dengan gembira.


“Emm…sedapnya buah pisang hutan ini,” kata Cici sambil makan. Tiba-tiba Cici teringatkan ibunya di sarang. Apalagi kawan-kawan, Cici pun cepat-cepat makan beberapa biji pisang.


Kini Cici sudah kenyang. Ekkk… (sedawa) Dia bawa pisang hutan itu untuk ibunya. Dalam perjalanan pulang, Cici terdengar suara Sang Monyet yang sedang mengerang kesakitan. “Aduh!..Tolong..Tolong, sakitnya badan ini”.


Kawan-kawan tahu, rupanya Sang Monyet bernasib malang. Buah durian yang penuh dengan duri itu telah menimpa badannya. Kasihan sang monyet. Cici berasa simpati lalu berkata,“Inilah balasannya, kalau kita bersikap tamak”




Selepas kejadian itu, sang monyet selalu berkongsi makanan dengan kawan-kawan yang lain. Bak kata pepatah, hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.


Kawan-kawan, ingatlah pesanan ini:


Jangan sesekali kita bersikap tamak dan angkuh.
Dan berbaktilah kepada ibu dan bapa.


Manusia itu …

Matanya sebagai petunjuk,
Telinganya sebagai pendengar,
Lidahnya sebagai juru bahasa,
Hati adalah raja kepadanya.
Jika hati itu baik, maka baiklah seluruh bahteranya.




Sekian, terima kasih.


(We dan Umi yang menjadi tulang belakang SI CILIK)

Jun 24, 2010

My Rabbit!!!!


Assalamualaikum...
Senyap sunyi kelas hari nie..masing-masing busy and cocentrate buat rabbit...







 

Jun 22, 2010

Kemeja untuk PAPA :)


Assalamualaikum... Walaupun Hari Bapa dahpun berlalu tapi rasa-rasanya masih sempat untuk saya ucapkan Selamat Hari Bapa pada semua bapa-bapa diseluruh dunia..

Teruja sangat untuk ajar anak-anak buat kad untuk ayah mereka..ternyatalah, mereka lagi seronok dan tak sabar-sabar nak bagi dekat ayah masing-masing..Idea kad ni di ambil dari sifu saya Kak Gee Pra SKDUA..
Memang lupa sangat nak snap gambar masa anak-anak ni tengah buat kad ..ecxited sangat and terkejar-kejar dengan masa waktu balik diaorang..apapun, inilah contoh kad yang terhasil...








Clipart KV+KVK



Assalamualaikum...
Salam rindu untuk semua kawan-kawan yang selalu mengikuti blog ni tanpa rasa jemu. Alhamdulillah akhirnya menjelma juga penulis blog ni yang dahpun lama menyepi..
Entah kenapa..jari jemari ni dah lama tak memenuhi ruangan obses saya....terlalu khayal dengan tuntutan lain sampaikan saya dah banyak menghampakan diri saya sendiri...
Insyaallah, selepas ni saya cuba bangkit menjadi seperti dulu kerana misi saya masih di permulaan .....

Anda semua penyeri blog saya!!!!!!!..

Terimalah post baru ni....
Clipart KV+KVK untuk memudahkan anda membuat lembaran kerja dan kad gambar...banyak rupanya haiwan yang perkataan nya KV+KVK.

merak..ketam..semut..katak..lebah..siput..lipan..tikus..badak
lobak..timun..nenas..betik..
jarum..gelas..sikat..lilin..kolam..bulan..rumah..hujan







 


















Allahuakbar.....

Jun 01, 2010

School Holiday??? Teacher..where is my homework !!!!

Assalamualaikum....
Next week dahpun school holiday...Risau jugak saya bila time cuti ni mulalah murid-murid sayapun cuti dengan studynya sekali...Ada yang ibubapa fikir, masa cuti tak perlulah nak bebankan anak-anak dengan kerja sekolah..biar mereka berehat...Ada juga sesetengahnya complain pula, cikgu langsung tak bagi kerja sekolah untuk anak mereka bila cuti sekolah...Tapi bukanlah ibubapa anak murid saya (^-^)...mereka semua sporting!!!!
Saya fikir biarlah saya buat lembaran kerja ni untuk murid saya buat latihan di rumah...Ada sesetengah murid yang memang tak ada langsung buku atau sebarang latihan pengukuhan di rumah..sebab itulah saya kena buat supaya mereka tidak terlalu leka dengan "school holiday"' mereka...
Bukannya terbebanpun..cukuplah mereka tidak tinggalkan pensel dah patah baca mereka sama ketika waktu-waktu sekolah...Bukannya apa, risau dengan kehadiran LINUS nanti....

Studying 




Dahpun siap jadi buku kerja...



BAHASA MELAYU












BAHASA INGGERIS











MATEMATIK



Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (52) Tema (44) Craft (40) Aktiviti murid (39) diari (34) BBM (32) Hasil kerja murid (29) Tunjang B.Malaysia (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang B.Inggeris (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1)

Senaman Si Tommy

/