April 29, 2010

Pentas Baru!!!

Assalamualaikum..
Dah lama sebenarnya nak buat pentas ni..tapi,  buject takde n tak tau nak buat kat celah mane coz semua sudut dah penuh ditampal itu ini..Akhirnya, hari Isnin lepas saya n ppm bertungkus lumuslah  ubah sikit sudut-sudut nak bagi ruang utk pentas ni dari pukul 11.45am sampai 2.30pm ..siap minta tolong tukang kebun balik rumah kejap suruh jahit langsir tu sikit..huhuhu..sampai mendera orang...Terima Kasih Kak Ina..siappun!!!
Itulah kata pepatah..nak seribu daya, taknak seribu dalih..

Thanks also to Cikgu Yati Omar (cikgu LINUS) coz bagi mobile yg bergantung comel ni..Cikgu Yati ni memang banyak berjasa pada kelas pra..tambah lagi kalau bab keceriaan dialah yang banyak membantu..maybela saya dah mengajar 2 orang anak dia n Nur Izz  kat bawah nipun anak diala (semua anaknya berbakat)..dia begitu menghargai saya..Alhamdulillah..tak terbalas jasamu..

Inilah hasilnya..tinggal nak potong botol mineral jer nak masukkan bunga-bunga ni..
letak pagar..emm, ok dah kot..


Hari nie gilirin Nur Izz sampaikan sajak yang dah dihafal untuk Hari Guru nanti..
Nurin pun nak bercerita lagi sekali coz nak merasa berdiri atas pentas...
Berani sungguh anak-anak teacher nie..

Sebenarnya, saya ada buat satu aktiviti mari bercerita untuk mengajar mereka supaya berani berhadapan dengan orang ramai..Setiap hari saya akan minta 2 orang murid mencari apa-apa cerita yang akan diceritakan kepada kawan-kawannya untuk hari esoknya..
Emm..ade yang ok..ade juga yang diam je bila suruh ke depan..dah 2 minggu saya stopkan aktiviti ni coz diaorang masih malu-malu..
Maybe la bila terbinanya pentas nie..akan menyuntik semangat diaorang semula coz hanya murid yang berani bercerita jer yang boleh naik ke pentas ni..
tadi pun ramai yang angkat tangan nak bercerita, tapi dah tak sempat..kita mulakan dengan esok pula..



MyEm0.Com


"separuh jiwaku di prasekolah"

April 28, 2010

Tuan Rumah (^ __^) Bengkel Mari Bina Blog Prasekolah


Brosur Bengkel Mari Bina Blog


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, akhirnya matlamat saya untuk melihat Prasekolah Zon Jengka mempunyai blog prasekolah masing-masing berjaya juga. Seramai 13 orang guru Prasekolah Zon Jengka telah menghadiri Bengkel Mari Bina Blog Prasekolah  yang telah diadakan di SK LKTP Jengka Sebelas selaku tuan rumah pada 28 April 2010. Bengkel ini dikendalikan oleh Fasilitator Schoolnet SK Jengka 11, Pn Siti Nur Iman bt Manap. Majlis penutupan perasmian dirasmikan oleh Tn Hj Hamzah bin Mat Ali selaku Pengerusi  Kelompok Jengka.
Moga-moga, cikgu-cikgu Pra Zon Jengka sentiasalah update blog masing-masing..Bolehlah kita berkongsi ilmu:)
Cikgu-cikgu boleh dapatkan URL Prasekolah Zon Jengka pada brosur di atas.







MyEm0.Com
Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri,
bukannya kecacatan atau kekurangan.




April 20, 2010

Beautiful Alphabets (Learn ABC)

Assalamualaikum..
Akhirnya dapat juga saya hasilkan huruf-huruf ni..dah lama teringin nak buat bila Kak Gee introduced web ni di blognya..Buka pula blog cikgu Ain Brilliant Aulad Pra SKJ08 , bersemangat bila saya lihat dia pun turut serta mengaplikasikan huruf-huruf ni dengan brilliant auladnya..dapatlah sedikit suntikan. So, dapatlah saya berkongsi dengan cikgu-cikgu semua..

A..Alligator                B...Bee

    C...Crab             D...Dinasour

E...Elephant                 F...Fox

G...Goat                H...House

I...Iguana             J...Jaguar

          
K...Kanggaroo                  L...Lion

M...Mouse               N...Nest

O...Ostrich            P...Penguin

Q...Quiel              R...Rabbit

S...Snail

T...Tractor

U...Umbrella        V...Vegetable

W...Weather


  X...Xray                  Y...Yellow


Z...Zebra
(nape zebra ni tak macam zebra pun..huhuhu..)




MyEm0.Com
 
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
 

April 19, 2010

Please Forgive Me~ SKUJ

Assalamualaikum..
Tulisan ni sebenarnya saya tujukan khas untuk insan yang saya pun tidak ketahuinya...tapi mungkin juga guru prasekolah dikalangan daerah Maran juga..yang pasti Guru Prasekolah Ulu Jempol, Kak Wan lebih mengetahuinya..
Saya mendengar atas angin yang insan ini sangat berkecil hati dengan tulisan saya untuk tajuk Lawatan Benchmark di SK Ulu Jempol baru-baru ini..
Inilah tulisan yang dimaksudkan...

Bila saya tengok keceriaan di kelas ni..x dinafikanlah..kalau ada duit semuanya boleh buat..

Cikgu2 bayangkan, dengan accsessory yang pelbagai..banyak mana duit yang kena keluar..Kadang-kadang,nak cantik punya pasal..terpaksalah kita keluarkan duit sendiri..
Moga-moga dengan adanya lawatan seperti ini dapatlah menyuntik sedikit motivasi utk guru-guru dan PPM meningkatkan keceriaan di kelas masing-masing..

Dimana silapnya tulisan ini?..saya berkata perkara yang benar..

Insan ini berkecil hati kerana seolah-olah saya perasan saya terlalu bagus dan terlalu bangga dengan diri saya sendiri..Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada sesiapa yang berkecil hati dengan apa yang telah saya tulis dan akan saya tulis nie..mungkin insan ini sentiasa mengikuti blog saya ataupun itulah first time dia singgah dan dia membuat persepsi begitu kepada diri saya..

Saya memang suka menghias kelas..tapi kadang-kadang apa yang saya nak buat terbatas kerana kewangan prasekolah tidaklah semewah seperti yang disangka..kadang-kadang juga kerana terlalu obses, saya terpaksa guna duit saya sendiri untuk mendapat kepuasan hati..
Inilah dia sebenarnya luahan hati saya yang terlintas pada waktu itu lalu saya pun tulislah di blog saya...Saya tak pernah kata pun yang saya bagus kerana saya tahu ramai lagi orang lain lebih bagus dari saya..Saya selalu ingatkan pada diri saya..kalau nak yang terbaik..kita kenalah usaha lebih..kalau kita dah dapat apa yang kita usahakan..kongsi-kongsikanlah dengan orang lain...dan apa yang saya buat selama nipun saya ikhlas berkongsi dengan semua guru prasekolah seluruh Malaysia kerana mereka semua banyak berkongsi ilmu dengan saya..tak ada terlintas di hati saya untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali nak berbangga diri..
Oleh itu, saya mohon maaf andainya kata2 saya telah melukakan kalian semua terutamanya warga di SKUJ!!



April 15, 2010

Thank You Kak Gee!!!

Assalamulaikum...
Lega rasanya budak semua dah balik..Sebelum balik tadi sempat minta budak tulis perkataan (KVKV) yang telah saya sebutkan dalam buku 'JOM TULIS'..Semua seronok coz tak sabar-sabar nakkan sticker yang akan ditampal pada muka surat yang telah mereka tulis..Dengan syarat, perkataan tu mestilah semuanya betul...Saya rasa kalian mungkin dah tau ni idea siapa kan....
Thanks a lot to Kak Gee from Pra SKDUA..MyEm0.Com
Dia sememangnya layak menjadi GC kerana usaha- usahanya inilah yang kadangkala kita rasa benda ni senang je sebenarnya..tapi, tak pernah terfikir untuk lakukannnya sendiri..Kalau di FB Kak Gee memanglah fenomena sticker nie menjadi-jadi..masing-masing dah order dengan Kak Gee..Mujurlah kebetulan saya dah jumpa sticker ni sambil jalan-jalan kat kedai..apalagi..borongla!!!
Cuma idea buku ni jer saya tukarkan sket supaya nampak lebih menarik untuk murid-murid saya..but, Kak Gee is the best!!!..Dialah idola saya :)

Anda semua bayangkan, pagi semalam saya baru je sebut dan tunjukkan pada murid sticker yang dah saya beli ni..ade pula gambar Ben 10 dengan Disney..lagilah melopong sekejap diaorang..Murid yang sebelum nie kerjanya memang tak sahla kalau saya nie tak menjerit 10 kali baru boleh siap..tapi kali nie dialah antaranya murid yang dapat siapkan kerja dengan cepat..Padahalnya, aktiviti JOM TULIS nie belum mula pun lagi..punyala diaorang tak sabar-sabar nakkan sticker tu..
Memang menjadi betullah idea Kak Gee..Tapinye, aktiviti ni saya takkan buat selalu coz saya tau budak saya nie memang akan cepat bosan dan lama-lama nanti dah jadi tak heranpun..tambah lagi kalau yang dah selalu dapat sticker tu..

Inilah 25 buah buku yang telah terhasil..Gambar boy tu untuk murid lelaki and girl untuk murid perempuan..

Seronok..dapat buku baru lagi hari nie..

Yeyeye..semua perkataan ni betul..teacher bagila sticker..

Ini hasil kerja Rifaa'Aiman..selalu menjadi antara murid terakhir yang lambat buat kerja..
Tapi, kali ni tak..kerja semua beres..mujurlah spelling nie pun betul semua..
dapatlah teacher bagi sticker pada dia...




I LOVE THIS BLOG!!!