Januari 31, 2010

APA NAK JADI ARIF HAIKAL..


Inila dia si Arif Haikal..orangnya nampak cukup matang skali, suka menyanyi..suara dah ala-ala rock gitu..Tapinye cukup hyper skali..Ada skali tu dia sorok seluar kawannya dicelah dapur.. nak marah ade, rasa lucu pun ada..Kalau di beri kerja suruh menulis..Emm, orang dah habis makan barula siap kerjanya..
Uniform dah lain nie bukannya  apa, Arif dah membuang kat dalam sluar ..Bila di tanya sampai sudah mendiamkan diri..mujurla maknya mengajar kat sek yang sama..saya pun terus hello minta maknya bawa baju dan seluar lain..
Arif..Arif..

UNIFORM HARI JUMAAT

Setiap tahun pakaian hari Jumaat akan berubah-ubah warnanya..First dulu warna purple, then warna maroon.Tahun ni ibubapa nakkan warna gold untuk pakaian hari Jumaat..yang lelaki bajunya ala-ala Raihan..pelajar perempuan pula kebaya pendek..
comel-comel belaka!!



Waah..meriahnya group red flower punya kerja..
buat kerja dengan tangan ke mulut tu..

Zharif Aiman dan Aiman Husaini
Mereka ni memang rajin buat kerja..selalunya mereka la akan siap dulu kalau di beri kerja..memang tak menyusahkan cikgu langsung..
sejuk mata memandang

Januari 28, 2010

FOLIO BACA



       Folio ni saya hasilkan sendiri sejak tahun 2008. Banyak jugalah buku baca yang saya rujuk untuk hasilkannya walaupun ianya tidaklah seberapa tetapi saya rasa puas kerana mereka boleh membaca hasil dari air tangan saya sendiri... Kaedahnya, setiap hari saya akan panggil sekurang-kurangnya 6 orang murid untuk baca di hadapan saya dan saya akan tandakan pula untuk mereka baca di rumah. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh murid ialah mereka bukan membaca tetapi menghafal sebenarnya. Cikgu-cikgu pasti kenal kalau mereka menghafalkan...Sebab tulah huruf konsonan di bahagian sukukata yang saya bina di folio ini juga tidak tersusun...Selagi mereka hafal selagi itulah mereka takkan berganjak ke muka surat lain.

     Hari ni datang seorang ibu kepada anak murid saya tahun lepas, Muhammad Aiman Syazwan. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya sebabnya anak dia dah pandai baca. Seronoknya saya ada juga yang mengingati penat lelah saya mengajar anak mereka dari tak kenal huruf sampailah dah boleh baca. Bukannya nak di beli gift yang besar2..cukuplah sekadar ucapan terima kasih dah membuatkan saya terharu..
Apapun sebenarnya..ibubapa adalah salah satu tunjang bagi memastikan anak mereka boleh membaca. Kalau dibagi buku baca tebal mana pun bawa balik rumah, tapi kalau ibubapa langsung tak cakna..tak menjadi jugaklah anak-anak tu. Betul tak? Harap-harap ada la yang bersetuju dengan saya.

RUTIN PAGI


Time for breakfast...
Budak-budak ni tak kira la waktu apa pun kerja nya asyik nak bercakap. Walaupun dan berbuih mulut cikgu ni dah berpesan..

Emm..murid beratur untuk bacaan doa dan circle time.

Moga-moga kamu semua jadi insan yang berjaya..amin

Kelas akan mula jam 7.45 pagi..Inilah rutin yang selalu dijalankan. Dah siap murid breakfast barulah saya minta mereka duduk di hadapan kelas untuk bacaan doa, nyanyian lagu,berbual-bual mengenai tema yang akan di ajar. Adab dan sopanpun mesti kena diingatkan hari-hari..Mereka ni pantang suruh bercerita..mulala meleret-leret sampai cikgunya suruh berenti sekejap..Bagi laluan iklan dulu..hee..hee

Januari 27, 2010

KURSUS KSPK

Mula-mula masa kursus KSPK ni rasa tak boleh nak ketchup sangat dengan kurikulumnya tu..Tapi bila dah diadaptasikan di kelas sekarang rasanya lebih senang daripada kurikulum yang lama. Bukannya apa..coznya ada subject teras..So tak payahla direct nak kene ajar bertema..

Januari 26, 2010

AKTIVITI PSIKOMOTOR HALUS

kusyuknya buat kerja..
Aktiviti ni dijalankan ketika waktu BM Teras..dah penat ajar mereka membentuk huruf-huruf konsonan di papan putih, barulah saya minta mereka membentuk huruf konsonan menggunakan plastesin di atas kertas yang telah saya printkan hurufnya. Mereka cuma membentuk plastesin tersebut berdasarkan huruf yang ada. Idea nipun saya ambil dari internet..Terima kasih banyak-banyak..Bukannya apa, budak-budak memang suka sangat aktiviti-aktiviti macam ni..Esok saya akan suruh mereka tulis dalam buku pula.



PEMBUKAAN AKAUN BANK RAKYAT


Hari ini semua ibubapa diminta hadir ke kelas prasekolah untuk Taklimat Pembukaan Buku Akaun Bank Rakyat untuk setiap murid. Taklimat diberikan oleh pegawai Bank Rakyat sendiri, En Hafiz. Kalau cikgunya yang beri taklimat lain pula jadinya nanti. Almaklumlah, ini kali pertama murid prasekolah ni jadi anak angkat Bank Rakyat. Bukannya apa, sebelum nie sibuk dengan agenda lain. Bila pegawai bank datang bagi borang kita iyakan je..lepastu borang tu simpan je dalam almari..Hee..hee.. (terkantoi dah)

Apapun, terima kasih kepada ibubapa yang hadir. Salam..

KELAS PRASEKOLAH SEMAIAN SUBUR




Prasekolah Semaian Subur SK Jengka 11 telah siap dibina pada hujung tahun 2005 dan memulakan sesi persekolahan pada awal tahun 2006. Bangunan ini adalah bangunan lama yang telah di naik taraf menjadi kelas prasekolah. Semaian Subur di ambil sempena mengingati tajuk lagu IPTI dan ianya amat sesuai kerana prasekolah ini berkonsepkan landskap tanaman hijau dan mengharapkan ianya sentiasa subur. Begitu juga dengan murid-muridnya yang diharapkan setelah dididik dan diajar, mereka akan berjaya hingga ke manara gading. Guru Prasekolah SS SKJ11 ialah Pn Wan Rahilah bt Hj Wan Abdullah base terakhir Diploma Perguruan di Institut Pengajian Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Manakala PPM Prasekolah SS SKJ11 pula ialan Pn Fazlinawati bt Junait.