Januari 28, 2010

FOLIO BACA



       Folio ni saya hasilkan sendiri sejak tahun 2008. Banyak jugalah buku baca yang saya rujuk untuk hasilkannya walaupun ianya tidaklah seberapa tetapi saya rasa puas kerana mereka boleh membaca hasil dari air tangan saya sendiri... Kaedahnya, setiap hari saya akan panggil sekurang-kurangnya 6 orang murid untuk baca di hadapan saya dan saya akan tandakan pula untuk mereka baca di rumah. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh murid ialah mereka bukan membaca tetapi menghafal sebenarnya. Cikgu-cikgu pasti kenal kalau mereka menghafalkan...Sebab tulah huruf konsonan di bahagian sukukata yang saya bina di folio ini juga tidak tersusun...Selagi mereka hafal selagi itulah mereka takkan berganjak ke muka surat lain.

     Hari ni datang seorang ibu kepada anak murid saya tahun lepas, Muhammad Aiman Syazwan. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya sebabnya anak dia dah pandai baca. Seronoknya saya ada juga yang mengingati penat lelah saya mengajar anak mereka dari tak kenal huruf sampailah dah boleh baca. Bukannya nak di beli gift yang besar2..cukuplah sekadar ucapan terima kasih dah membuatkan saya terharu..
Apapun sebenarnya..ibubapa adalah salah satu tunjang bagi memastikan anak mereka boleh membaca. Kalau dibagi buku baca tebal mana pun bawa balik rumah, tapi kalau ibubapa langsung tak cakna..tak menjadi jugaklah anak-anak tu. Betul tak? Harap-harap ada la yang bersetuju dengan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan