Februari 26, 2010

Color n Shape

Asslamualaikum...
Cuti hari ni tak tau nak buat ape..so, duduk saje2 dapatlah idea untuk hasilkan ABM nie..Ada sumber bagitau Color n Shape ni ada dalam soalan LINUS. Corak soalannya camane saya pun tak tau, Insyaalah saya akan masukkan kemudian..
Bagi tema warna ni, cikgu-cikgu boleh print out slide yang telah saya hasilkan untuk kenalkan kepada murid tentang warna-warna..itupun kalau print kat kelas tu masih ade ink color..kalau x pun tak ape, cikgu just tunjuk melalui komputer sahaja ataupun projector..murid boleh belajar ICT...
Untuk slaid yang lain tu ada sedikit lembaran kerja berkaitan dengan tema Warna dan Bentuk yang boleh dikongsi bersama..Inilah contohnya:


 

Sila ke sidebar dan ke menu DOWNLOAD NOW! untuk muat turun.

Simple Instructions

Asslamualaikum..
Bahan di bawah adalah salah satu aktiviti yang kami jalankan ketika kursus KSPK di Bukit Gambang Resort..Ianya adalah sebagai rujukan untuk guru-guru yang kurang expert dalam English Language ni untuk mengajar murid-murid..Setiap group diminta membuat Simple Instructions  dan inilah hasilnya setelah saya gabungkan untuk semua groups..
Boleh muat turun bahan ini di sidebar kanan yang tertulis DOWNLOAD NOW!
  


Februari 25, 2010

Idea Si Manja

MY NEIGHBOURS' FACES

Assalamualaikum..
Aktiviti ni idea dari blog Si Manja..Thanks Si Manja..Saya minta murid-murid ni hasilkan topeng untuk tema minggu nie tema Jiran Saya..ok tak..diaorang suka sangat coz nya topeng ni boleh bw balik rumah..Semua nak interframe kat camera nie..diaorang dah tau saya nak masukkan ke dalam blog..


Minggu Anti Dadah

Pertandingan Mewarna


Pertandingan Sudut Anti Dadah paling cantikkk...
Sudutnya kecik sangat..gerentila x menang nie..

Februari 22, 2010

Jiran

Jom berpantun sambil menyanyi..

Rasa sayang hee,
Rasa sayang sayang hee,
Hee lihat Nona jauh,
Rasa sayang sayang hee..

Jiran kanan namanya Dini,
Jiran kiri namanya Ali,
Kami kawan baik sekali,
Bantu membantu amalan kami,

(Ulang rangkap pertama)

Dini dan Ali mencari buluh,
Cari buluh di rumah Salima,
Jangan sombong jangan bergaduh,
Belajar, bermain bersama-sama.

(Ulang rangkap pertama)

Hantar kuih ke rumah Jihan,
Jangan lupa memberi salam,
Hormat hormati sesama jiran,
Barulah hidup aman tenteram.

HASIL KERJA MURID
selepas penat berpantun....
Dini dan Ali

Jihan

Salima

Februari 21, 2010

Psikomotor Halus


Cikgu-cikgupun boleh buatkan ABM nie..biar murid yang praktikkan..mereka pasti seronok memasukkan tali ke dalam setiap lubang.. almaklumlah kalau nak mengikat tali kasut, kebanyakan murid sekarang ni pakai kasut yang dah tak bertali..Jadi, kita gunalah insiatif ini untuk mengajar murid untuk salah satu kemahiran koordinasi mata-tangan.

Februari 19, 2010

Kolaj menggunakan tisu

Hasil kerja murid yang dapat dikongsi...

Februari 18, 2010

Apa itu NKRA? Apa Kaitannya dengan Prasekolah?...

Assalamualaikum..
Inilah antara input yang saya terima ketika Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Zon Jengka yang ingin dikongsi bersama ..Saya cuma ingin sentuh secara ringkas NKRA yang berkaitan dengan prasekolah agar jika ditanya tidaklah kita melopong je..ade jugak ditanya NKRA tu apa? dah x boleh nak jawab..bukan cakap kat orang lain..pada mulanya sy pun macamtu la..


NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara)

Empat Teras Pendidikan dalam NKRA
  1. Pendidikan Prasekolah
  2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
  3. Sekolah Berprestasi Tinggi
  4. Bai'ah (New Deal)
Bahagian Pendidikan Prasekolah
Tujuh teras utama bagi melaksanakan akses kepada Pendidikan Prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
  1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Peringkat Kebangsaan.
  2. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan.
  4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru.
  5. Menambah bilangan prasekolah di kawasan miskin, bandar, luar bandar dan pedalaman.
  6. Meningkatkan perkongsian Pintar Kerajaan, Swasta dalam Pendidikan Prasekolah.
  7. Mewujudkan sistem maklumat Prasekolah Kebangsaan.

Februari 17, 2010

Pre Writing Exercises


Assalamualaikum..
Aktiviti dibawah adalah untuk murid yang masih belum menguasai kemahiran pratulis dengan betul, khususnya untuk murid atau anak yang baru nak belajar menulis ..boleh copy dan print out!


Februari 11, 2010

Fingers Puppet

JACK N JILL
Satu lagi aktiviti yang ingin saya kongsikan untuk  tema minggu ini dan aktiviti ini boleh  dimasukkan dalam Tunjang Kreativiti dan Fizikal. Sangat mudah dan murid2 sangat seronok untuk melakukannya.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Print out gambar Jack n Jill ini.
2. Warnakan dan tampal pada kad manila supaya ianya lebih keras
3. Gunting
4. Masukkan 2 jari kiri dan kanan anda. Boraklah!


Hiii...What is your name?
my name is  Jack
ooo...my name is Jill..
bla..bla..bla

CHECK GIGI? ALAMAK!!!!

Masing-masing dah ketar lutut dah nie..

Menakutkan..Adik  Maria ni sampai menangis-nangis, tp lupa nak candid pic nye tengah nangis...
Iman ni pula tgh tunggu turn..


Wah....tak sakitpun..

Februari 09, 2010

CUT AND PASTE

Colour cantik-cantik k..

 
Inilah dia pesta membuat kerja secara kumpulan..memang meriah.
Kemas tak hasil kerja kami..Kami dah pandai kira..

"Ok class, Please cut this watermelon pictures and paste it to the suitable position number.
Do you understand what is the meaning of cut and paste... (melopong semua budak)
          Gunting dan tampal teacher!!!! very good....

         Budak-budak ni kalau cakap je cut n paste semua dah tahu meaning B. Malaysianya..Bukan main seronok nak buat kerja..Bak kata Kak G.."apa yang penting, kerjasama" ..
Hari ni aktivitinya ialah menampal objek mengikut nombor yang telah disediakan..Ada 2-3 orang je lagi yang tak dapat mengecam nombor..yang lain Alhamdulillah dah boleh mengecam nombor 1-10..
          Dengan KSPK ni, terpaksala cikgu communicate dalam B.Inggeris walaupun agak berterabur..Itupun dipanggil cikgu syok sendiri coz yang murid faham hanya sepatah dua perkataan jer..Mungkinlah, bila dah hujung tahun nnt murid pulak yang cakap BI..mana taknya hari2 perkataan yang sama jer yang didengar..
Wassalam.


JOSEPH'S COAT     



You need:
Coat Pattern

Bible Friends

Scissors

Glue Sticks

Misc. Paper (Shown using wallpaper samples)


Instructions:
Print two coat patterns for each child in the group. Print one set on plain paper. The other set can be printed on plain paper and each child can decorate or you can print on wall paper samples or other paper. Have children cut out the squares and rectangles from the decorated pattern and swap them with other children. Glue the square and rectangles on to the plain pattern and cut around outside. Glue on to Bible Friend.

TEMA: KAWAN SAYA


CIRCLE OF FREINDS

You need:
Nine Paper "Friends" Blanks or

print and cut your own

on skin tone card stock

Clothes for "Friends"*

Hair For "Friends"*

Paper in Assorted Colors

Glue Stick

Black Marker


Instructions:
Print clothes and hair for nine friends. Cut out pieces and glue them to "Friends" Blanks. We turned them upside down for this project so there is no black outline.
Draw on faces. Arrange and glue in a circle with hands and feet meeting as shown in photo above.





Februari 08, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH ZON JENGKA 2010

Assalamualaikum..
Agak memenatkan juga memagang jawatan sebagai S/U Prasekolah Zon..Saya perlu menyiapkan buletin, brosur dan segala yang berkaitan dengan pengurusan untuk meeting kali nie..mujurlah segala maklumat dah ada kerana tahun sebelum ni pun dah buat..cuma nak edit sahaja..Alhamdulillah, perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Bertambah sempurnalah lagi mesyuarat kali ini apabila PPD, En Johari bin Ismail, Penyelia Prasekolah Daerah Maran juga turut hadir memberi taklimat berkaitan dengan prasekolah. Pelbagai input yg telah kami terima terutamanya mengenai pelaksanaan NKRA yang disampaikan oleh En Jamal Noor Abdul Nasir selaku Pengerusi Prasekolah Zon Jengka..lepas ni kalau ada yang tanya pasal NKRA, semuanya dah dalam kepala ..
Moga-moga dengan adanya Pengerusi Prasekolah yang baru ni, segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh zon akan lebih tersusun.

Sekitar di meja mesyuarat..
Cenderahati untuk PPD
Inilah dia buletin dan brosur yang telah sy dan kak Iman siapkan..