Februari 08, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH ZON JENGKA 2010

Assalamualaikum..
Agak memenatkan juga memagang jawatan sebagai S/U Prasekolah Zon..Saya perlu menyiapkan buletin, brosur dan segala yang berkaitan dengan pengurusan untuk meeting kali nie..mujurlah segala maklumat dah ada kerana tahun sebelum ni pun dah buat..cuma nak edit sahaja..Alhamdulillah, perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Bertambah sempurnalah lagi mesyuarat kali ini apabila PPD, En Johari bin Ismail, Penyelia Prasekolah Daerah Maran juga turut hadir memberi taklimat berkaitan dengan prasekolah. Pelbagai input yg telah kami terima terutamanya mengenai pelaksanaan NKRA yang disampaikan oleh En Jamal Noor Abdul Nasir selaku Pengerusi Prasekolah Zon Jengka..lepas ni kalau ada yang tanya pasal NKRA, semuanya dah dalam kepala ..
Moga-moga dengan adanya Pengerusi Prasekolah yang baru ni, segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh zon akan lebih tersusun.

Sekitar di meja mesyuarat..
Cenderahati untuk PPD
Inilah dia buletin dan brosur yang telah sy dan kak Iman siapkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan