Ogos 30, 2010

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2011

Tarikh : 10 Ogos 2010
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Gerakan SK Jengka 11
Masa : 9.00 pagi


Jemputan :
Tuan Guru Besar,GPK 1, GPK Hem, GPK Ko, Guru Prasekolah, Guru Tahun 1, Guru Pendidikan Islam, YDP PIBG, NYDP PIBG, Pengerusi JKKR Jengka 11 dan Pengerusi Permuafakatan Prasekolah.

Seramai 41 orang kanak-kanak berumur 6 tahun semuanya telah memohon untuk memasuki ke Kelas Prasekolah Semaian Subur bagi sesi 2011. Kami terpaksa meneliti betul-betul latarbelakang murid dengan bantuan Ketua JKKR dan Cikgu Norhayati, Guru Tahun 1 yang merupakan anak tempatan Jengka 11 yang lebih arif dan kenal dengan setiap penduduk di sini.

Alhamdulillah, semuanya dahpun selesai dan harap-harap tiadalah perkara berbangkit lagi pada ibubapa yang anaknya tidak berjaya untuk masuk ke kelas prasekolah. Serba salah dibuatnya..Tapi, kami hanya memerlukan 25 orang sahaja!!
Insyaallah...prasekolah SKJ11 akan dapat perluasan 1 lagi kelas untuk tahun 2012. lepas nie..yang 5 tahun pun boleh mohon  (^o^) ..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan