Ogos 14, 2010

Pertukaran Guru Besar diluar jangkaan :(


Warga SKJ11 masih tidak dapat melupakan saat-saat manis bersama Mantan Guru Besar En Jamal Noor Abd Nasir bin Ismail yang juga Pengerusi Prasekolah Zon Jengka yang telahpun bertukar ke SK LKTP Ulu Jempol pada 9 Ogos yang lalu. Beliau  hanya sempat bersama kami selama 9 bulan sahaja tetapi terapi jiwa yang kami perolehi daripadanya seolah-olah beliau telah berada di SKJ11 selama 9 tahun lamanya..Beliau seorang yang begitu komited dengan kerja dan banyak mengajar kami bagaimana untuk menghargai perhubungan yang erat antara majikan dan guru, guru dengan guru dan guru dan murid...Semoga cikgu gembira dan bahagia dengan sekolah yang baru..
Saya dan warga parasekolah juga mendoakan yang terbaik buat cikgu kerana perginya cikgu dari SKJ11 memang tidak dijangka dan tiada hilang gantinya..

GAMBAR KENANGAN BERSAMA MANTAN GB DAN GB BARU!!

Bersama warga pendidik SK LKTP Jengka 11

Bergambar ketika sesi fotografi graduasi murid prasekolah SK LKTP Jengka 11
(dari kanan Guru Besar En Thirmizir dan Mantan Guru Besar En Jamal Noor Abd Nasir)


Selamat datang diucapkan kepada Guru Besar baru, En Ahmad Thirmizir bin M. Hashim yang dulunya berkhidmat sebagai Guru Besar di SK LKTP Jengka 16.
Kami warga prasekolah SKJ11 mengalu-alukan kedatangan cikgu dan semoga cikgu sentiasa dapat membimbing kami.


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...sedihnya..walaupun saya dan rakan hanya sempat bersama dengan beliau selama seminggu sewaktu PBS ( Pengalaman Beasaskan Sekolah ), kami tetap terasa kehilangannya....Semoga kehidupannya lebih baik dan cemerlang di sekolah baru...

    BalasPadam