Oktober 09, 2010

Living Room::Craft::

Assalamualaikum...
Jom kita recycle bahan yang terbuang!!!......


BAHAN-BAHAN
Kotak (kotak sabun, ubat gigi,biskut dan apa sahaja yang sesuai)
Styrofoam papan, papan ilustrasi
papan yang kukuh (mounting board)
kertas warna
kad manila
eva foam
Cawan kertas
Selotip
gam uhu
Gunting
Pensil
warna air
berus warna
Krayon
Kapas
Bulu bewarna hijau
straw minuman
Pasir

 
1. Sediakan beberapa buah kotak yang sesuai untuk dijadikan sofa dan meja. Kemaskan dengan soletip kotak yang telah dikumpul.


2. Bungkus kotak-kotak tadi dengan kertas warna mengikut warna kesukaan anda.

3. Gamkan kotak di tempat yang sesuai untuk membentuk sofa.

4. Potong mounting board atau papan ilustrasi untuk tapak ruang tamu anda.

5. Gamkan kotak sofa tadi ke tapak mounting board yang telah
dipotong.
 

6. Potong  cawan kertas sehingga  kira-kira 2 ½ inci tingginya. Cat
cawan kertas dengan warna-warna yang menarik.

7. Gamkan salah satu cawan yang telah dipotong ini di tengah-tengah mounting board untuk dijadikan tapak meja kopi.





8. Gamkan pula kad manila yang telah digunting bulat ke atas cawan yang dilekatkan tadi.


9. Masukkan pula pasir ke dalam 2 buah cawan yang dipotong tadi.

10. Gunting kad manila berbentuk daun untuk dijadikan pot pasu bunga.

11. Anda juga boleh gunakan bulu ayam plastik bewarna hijau sekiranya
ada.
12. Lukis beberapa kuntum bunga pada kad manila dan gunting. Gamkan bunga yang telah siap pada straw minuman dan cucukkan straw tersebut ke dalam cawan yang berisi pasir.

13. Gamkan pasu bunga yang telah siap disisi sofa.
14. Seterusnya, potong eva font dengan saiz yang sama untuk dijadikan bantal. Letakkan gam dan biarkan sehingga kering. Kemudian letakkan 1 lagi eva foam yg telah digunting td supaya ia melekat. (nak jahit pun boleh supaya ia lebih kemas)
15. Lukiskan corak pada eva foam yang telah siap di gam mengikut kreativiti anda menggunakan warna air atau crayon.
16. Masukkan kapas ke dalam bantal yang telah siap dihias. Pastikan kapas itu tidak terlalu banyak agar mengelakkan pembukaan yang telah digam tadi.





17. Letakkan bantal yang telah siap diposisi sofa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan