April 21, 2013

Perkembangan Sosio Emosi (Penerapan Nilai Murni)

Tugasan kali ni Eela kena buat satu rancangan slot pengajaran di mana Eela perlu terapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti tersebut. Thank cikgu Nia coz dah amalikan aktiviti ni.... Jom tengok nilai apa yang boleh dterapkan dalam aktiviti capan ni..

AKTIVITI:
CAPAN POKOK

.
  1. Guru menunjukkan pokok yang telah di cop menggunakan warna air untuk dijadikan daunnya
  2. Murid diminta menghasilkan gambar pokok seperti yang ditunjukkan oleh guru.
  3. Guru membuat tunjuk cara bagaimana menggunakan warna air untuk menghasilkan daun pada pokok.
  4. Murid diminta mencari pasangan masing-masing untuk menjalankan aktiviti.
  5. Guru menerapkan nilai kasih sayang dengan soalan jika kamu sayang kawan kamu, peluk mereka dengan erat dan jadikan mereka pasangan kamu.
  6. Murid memeluk pasangan masing masing.



  1.  Guru mengagihkan apron kepada setiap murid supaya pakaian mereka tidak terkena warna air
  2. Guru menerapkan pentingnya sikap tolong-menolong apabila kita berada dalam kesusahan.
  3. Murid dikehendaki menolong pasangan masing-masing mengikat apron yang dipakai.
  4.  Mereka juga di ajar menyebuat terimah kasih pada kawan yang telah mengikat tali apron tersebut.





  1.  Setiap pasangan dikehendaki duduk di tempat masing-masing untuk memulakan aktiviti
  2. Setiap pasangan diberikan lakaran pokok dan mereka dikehendaki bekerjasama dan bertolak ansur dalam menghasilkan daun-daun pada pokok.


  1. 1           Guru meminta murid mempamerkan hasil kerja masing-masing
    2.        Murid menyanyikan lagu “Tanya Sama Pokok” melalui video yang ditayangkan sambil 
           membuat pergerakan.


Kredit untuk : Cikgu Nur Saniah bt Abdul Rahman atas P&P yang sangat best...TQ AULAD BIJAK :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan