Pengikut

September 20, 2013

Attendance Chart

 3 tahun lepas dah pernah buat..then duduk terbiar smpai berhabuk... Sayang nak buang.. Finally Eela cabut template yang lama tu and eela gantikan dengan material yang baru... Berjaya jugak siapkan ^_^

Bahan-bahan :
Strawboard untuk created atap yang hijau tu
Eva foam untuk created huruf-huruf and template yang macam vase tu
Batang Aiskrim patahkan 2
template bas and lekatkan pada batang ais krim
Gam Uhu
Mounting board yang caler hitam tu
Renda comel

September 14, 2013

Group Cikgu Eela



Group eela ni mmg closed...if ada yg belum join..klik je link ni yer  

Pentas Boneka


Tertunai nak hasilkan pentas boneka..
tapinya taklah  cantik mana...cari kain lama-lama je..and guna rak buku yang dah nak runtuh..alhamdulillah eela punya pekerja swasta kat sekolah tu yang pandai menjahit and pandai menukang..so eela sangat2 bimbang if mereka semua tu takde dibelakang eela, eela takkan mampu nak laksanakan kelas  ni sebaik mungkin untuk masuk pertandingan prasekolah terbilang.
yang banner tu eela created sendiri ;) ..tapi yang ni memang eela tak jual coz clipart yang eela dapat ni sangatlah bermakna..

Carta Pencapaian Murid Prasekolah untuk Literasi


Just for sharing Carta Pencapaian Murid Prasekolah khas untuk Literasi sahaja..bila dah terpampang dekat softboard macam ni baru kita perasan budak mana yang still tak kenal huruf, yang baru sampai kemahiran sukukata.. and aulad sendiri boleh tengok di mana tahap mereka..of cos la nanti dia nak berlumba dengan kawan-kawan dia pulak nak dapat stiker paling banyak :)..
if cikgu ada masa..buat sendiri lagi dapat kepuasan..tapi if tak sempat nak beli softcopy yang macam ni pun boleh :)
boleh edit and diberi dalam bentuk power point...
boleh hantar printing banner kalau nak nampak cantik : saiz dalam 2x 1 1/2 kaki
boleh contact eela...tengok di sidebar kanan anda..

Templat Kenderaan Darat

My new car...
Ni hasil kerja aulad berusia 5 tahun...muka kuning, hijau, biru, oren pun ada...huhu
kredit to Amsyar and Iman yang cute!



Free template 4 u all :) 

Lembaran Kerja : Tema Kenderaan







Logo Prasekolah Aulad Bestari


Just sumple but nice ::
Eela try created logo prasekolah kelas eela sendiri..asyik ditampuk yang lama..kita try2la ubah benda yang orang lain tak buat kan coz kebanyakan prasekolah2 KPM ni jarang nak ada logo sendiri..tapi ni just suka-suka jer..hope tahun depan eela boleh dapat clipart aulad pakai uniform prasekolah sendiri..huhu..nak lukis sendiri memang tak pandai, so harus perlu minta khidmat Dysha untuk created sesuatu ni :)

Opsss...cikgu pun nak ada logo jugak!


Pelan Lantai Kelas Prasekolah



Actually ni pelan lantai asal yang eela cuba reka if suatu hari nanti tercapai nak ada kindergarden sendiri, macam ni la design nya mungkin :) insyaallah...teringin nak dapat kindergarden macam kat oversea..coz eela rasa bangunan prasekolah yang ada sekarang dah tak releven and harus di ubah. 

Pelan lantai ke-2 ni Eela just  ubah dari kelas asal and try letakkan apa yang sepatutnya ada tapi still takde kat bangunan kelas eela. 

Thanksgiving to the Floor Planner coz membuka ruang untuk eela ambil clipart yang comel2 untuk eela sempurnakan pelan lantai ni walau taklah secantik mana.


* Nota : Pelan ni sebenarnya tugasan Eela untuk subjek PRA3110

September 01, 2013

Keistimewaan Prasekolah Aulad Bestari SK Jengka 11


Logo Prasekolah Aulad Bestari
Visi dan Misi




Kenapa memilih Prasekolah Aulad Bestari?
  • Mempunyai guru dan pembantu pengurusan murid yang berpengalaman serta komited dengan pendidikan awal kanak-kanak.
  • Mempunyai Guru Agama didatangkan khas dari opsyen Pendidikan Islam. 
  • Menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
  • Penggunaan Easy Reader Programme.
  • Melaksanakan Program 1 Hari 1 Huruf.
  • Menjalankan Program 5 minit bersama Adik Bijak.
  • Membuat pentaksiran terhadap murid berdasarkan Program Kajian Kembara Prasekolah.
  • Sentiasa melibatkan murid dengan aktiviti dan setiap majlis yang diadakan di peringkat sekolah.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang berlandaskan menu yang telah ditetapkan.
  • Mempunya kelas yang selesa dan ceria dimana Prasekolah Aulad Bestari merupakan salah satu  prasekolah penanda aras dalam Negeri Pahang kerana dekorasinya yang menarik dan pengurusannya yang baik. 
  • Pembelajaran percuma dan tiada yuran bulanan.
Apakah syarat-syarat kemasukan ke Prasekolah Aulad Bestari?

Keutamaan diberi kepada :
  • Warganegara Malaysia.
  • Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.
  • Ibubapa/penjaga yang berpendapatan rendah
Apakah KSPK?

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut :

1- Membina kecergasan badan.
2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6- Mempunyai kematangan emosi.
7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
12- Mengamalkan nilai-nilai murni.
13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.
15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.
18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Mata pelajaran yang ditawarkan di bawah Prasekolah Aulad Bestari memenuhi keperluan kurikulum prasekolah diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antara matapelajaran yang akan di ajar adalah seperti rajah di bawah:



Bagaimana Program 5 minit bersama Adik Bijak dilaksanakan?

Adik Bijak merupakan buku baca yang dihasilkan oleh guru Prasekolah Aulad Bestari sendiri iaitu Pn Wan Rahilah bt Wan Abdullah dimana beliau telah mengkaji kesesuaian buku tersebut dengan tahap kanak-kanak prasekolah. Terdapat 3 set Buku Adik Bijak  yang mana   kami  akan agihkan kepada setiap murid secara berperingkat mengikut tahap kemampuan mereka.

Guru akan meluangkan masa selama 5 minit untuk bersama dengan setiap murid bagi mendengar bacaan masing-masing menggunakan buku Adik Bijak dan setiap bacaan akan direkodkan. Buku tersebut akan ditanda dan murid dikehendaki membawa pulang ke rumah supaya pembelajaran ini berterusan. 
Hasil setelah 5 tahun menggunakan program ini ternyata ianya berkesan dan murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.




Apakah yang dinamakan Program Kajian Kembara Prasekolah (Kemahiran Membaca, Menulis, Mengira)

Program ini dijalankan secara berperingkat dan segala apa yang ingin dinilai terdapat dalam modul seperti di bawah.Modul ini dijadikan sebagai rujukun  instrumen pentaksiran prasekolah dimana guru dapat melihat perkembangan murid setiap masa dan membantu murid-murid yang lemah.




Bagaimana Program 1 Hari 1 Huruf dijalankan?
Klik disini  untuk mengetahui secara menyeluruh bagaimana program ini dijalankan.



Jadual Waktu Prasekolah Aulad Bestari



Iqrar as Genius Aulad




Beginilah kami di Prasekolah Aulad Bestari !
"Learning  is always fun and meaningful "










Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/