Pengikut

PEMBANTU PENGURUSAN MURID

BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Backpack PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003: SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2004)

  1. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah
  2. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
  3. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran dan pengajaran murid-murid prasekolah.
  4. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan
Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

A. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.

Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.

Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.

Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.

Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.

Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.

Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.

Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.

Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.

Merekodkan perbelanjaan


B. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah

Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.

Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.

Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.

Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.

Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.

Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah

jagaannya.

Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.

Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.



C .Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih



Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.

Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.

Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik

darjah dan ruang-ruang lain.

Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.


D .Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid

Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.

Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.

Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.

Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.

Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.

Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.





SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17

1. Berupaya membantu guru mengurus kelas prasekolah dengan baik dan sempurna berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid).

1.1 Elemen Pengetahuan:
1.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid) ;
1.1.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid)
1.1.3 Arahan Perbendaharaan yang berkaitan;
1.1.4 Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan;
1.1.5 Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan;
1.1.6 Rekod pendaftaran murid;
1.1.7 Daftar kehadiran harian murid prasekolah;
1.1.8 Tatacara pengurusan aset alih kerajaan;
1.1.9 Inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah;
1.1.10 Urusan surat-menyurat;
1.1.11 Rekod pembelian bahan dan peralatan prasekolah;
1.1.12 Rekod Daftar Bekalan Pejabat ;
1.1.13 Rekod Pergerakan Harta Modal ;
1.1.14 Tatacara kemas kini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah;
1.1.15 Program-program khas;
1.1.16 Rekod perbelanjaan;
1.1.17 Rekod kewangan;
1.1.18 Rekod sumbangan kewangan.

1.2 Elemen Kemahiran:
1.2.1 Membantu mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari;
1.2.2 Membantu melaksanakan pengurusan inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah;
1.2.3 Membantu merekod Daftar Bekalan Pejabat;
1.2.4 Membantu merekod Pergerakan Harta Modal;
1.2.5 Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat
1.2.6 Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah;
1.2.7 Membantu mengemas kini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah;
1.2.8 Merekodkan pendaftaran murid-murid prasekolah;
1.2.9 Menghubungi agensi luar bagi mendapatkan kerjasama untuk mengendalikan aktiviti prasekolah;
1.2.10 Menyediakan laporan perbelanjaan bulanan Prasekolah; dan
1.2.11 Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.

1.3 Elemen Nilai Profesion:
1.31 Jujur dan amanah;
1.3.2 Bersedia menerima dan mematuhi arahan;
1.3.3 Bertanggungjawab; dan
1.3.4 Menyayangi murid


2. Berupaya membantu guru prasekolah dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran berpandukan Pekeliling Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid) bagi memastikan murid dapat menikmati pembelajaran yang menyeronokkan.


2.1 Elemen Pengetahuan:
2.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid)
2.1.2 Bimbingan dan asuhan murid-murid prasekolah;
2.1.3 Suasana pembelajaran yang kondusif;
2.1.4 Motivasi belajar murid prasekolah;
2.1.5 Bahan bantu mengajar;
2.1.6 Tatacara kawalan keselamatan kesihatan dan keselesaan murid;
2.1.7 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
2.1.8 Rancangan pelajaran harian;
2.1.9 Kaedah pengurusan prasekolah; dan
2.1.10 Modul Tugas Pembantu Pengurusan Murid.

2.2 Elemen Kemahiran:
2.2.1 Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan;
2.2.2 Membantu guru mewujudkan suasana selesa,selamat dan menggembirakan;
2.2.3 Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar;
2.2.4 Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah;
2.2.5 Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid berkenaan di bawah jagaan sekolah;
2.2.6 Memberi bantuan kepada murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif; dan
2.2.7 Membantu guru prasekolah dalam penyediaan P&P prasekolah.

2.3 Elemen Nilai Profesional:
2.3.1 Berpegang kepada prinsip bahawa keperluan pembelajaran setiap murid prasekolah harus diberi keutamaan;
2.3.2 Komitmen terhadap arahan yang diberikan; dan
2.3.3 Adil dalam memberi layanan kepada murid.


3. Berupaya menyedia dan menyajikan menu sajian makanan seimbang sesuai dengan tahap pertumbuhan kanak-kanak bagi merangsang tumbesaran murid.

3.1 Elemen Pengetahuan:
3.1.1 Penyediaan dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang;
3.1.2 Penjagaan, kebersihan dan kekemasan perkakasan dapur dengan baik;
3.1.3 Penyediaan dan mengemas keseluruhan ruang di prasekolah; dan
3.1.4 Penyusunan peralatan di pra sekolah mengikut keperluan semasa.

3.2 Elemen Kemahiran:
3.2.1 Membantu merancang menu harian;
3.2.2 Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih,berzat dan seimbang;
3.2.3 Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, peti ais dan sebagainya;
3.2.4 Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain;
3.2.5 Menyusun atur kerusi dan meja;
3.2.6 Membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

3.3 Elemen Nilai Profesional:
3.3.1 Berpegang kepada prinsip pentingnya sajian makanan yang seimbang untuk pertumbuhan murid-murid; dan
3.3.2 Prihatin terhadap kebersihan dan kekemasan alatan dan ruang dalam kelas.


4. Berupaya menolong guru mengurus hal ehwal murid prasekolah dengan baik dan sistematik berpandukan Pekeliling Bilangan 9 Tahun 2003 (Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid) bagi memastikan murid prasekolah terurus dan selamat.

4.1 Elemen Pengetahuan:
4.1.1 Aspek tingkah laku murid-murid prasekolah;
4.1.2 Aspek kebersihan, keselamatan dan kebajikan murid-murid prasekolah;
4.1.3 Tatacara menyambut kedatangan murid-murid;
4.1.4 Tatacara keluar masuk murid ke kelas prasekolah
4.1.5 Kebersihan, keselamatan dan keceriaan kelas prasekolah di dalam dan di luar;
4.1.6 Tatacara pengawasan murid semasa ketiadaan guru; dan
4.1.7 Nilai yang baik untuk dijadikan contoh teladan.

4.2 Elemen Pengetahuan:
4.2.1 Melayani karenah murid prasekolah dan menolong memastikan murid sentiasa berkeadaan bersih;
4.2.2 Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri;
4.2.3 Menyambut kedatangan murid dan memastikan murid keluar dari kelas dalam keadaan selamat;
4.2.4 Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu;
4.2.5 Memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih;
4.2.6 Membantu guru menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas;
4.2.7 Membantu mengawasi murid semasa ketiadaan guru.

4.3 Elemen Nilai Profesional:
4.3.1 Berpegang kepada prinsip pentingnya kebajikan murid diuruskan dengan baik dan sistematik;
4.3.2 Berpegang kepada prinsip bahawa pengurusan kecerdasan emosi murid perlu diberikan perhatian yang sewajarnya; dan
4.3.3 Prihatin terhadap keselamatan alatan di prasekolah.







Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/