Pengikut

PENDIDIKAN KHAS

INFO PENDIDIKAN KHAS  MyEm0.Com

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

1. Sekolah Khas bagi murid bermasalah pendengaran dan penglihatan.

2. Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah Berta sekolah menengah teknik / vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Pada masa kini Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas ( lihat Rajah 1 ), Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas pula ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, manakala Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional ditadbir oleh Bahagian Pendidikan Teknikal.
Bahagian Pendidikan Khas adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara - perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisian bagi Program Pendidikan Khas.

TEMPOH BELAJAR
Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun.

Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima (5) tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana -mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan ( Pekeliling lkhtisas Bit. 16 / 2002 )

KURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid dan kurikulum alternatif :

Kurikulum alternatif yang diguna pakai bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
Kurikulum latihan industry yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK).

Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas.

KOKURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa di arus perdana. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk :

  • Memberi peluang dan ruang kerpada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab seperti murid biasa.

  • Mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid pendidikan khas.

  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kernampuan murid khas melalui aktiviti ko-kurikulum.

  • Membina keyakinan diri dan " self-esteem " murid pendidikan khas melalui Program Motivasi.

  • Aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam acara sukan permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Semua murid pendidikan khas yang mengikut kurikulum kebangsaan mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi pasca menengah

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif

·Latihan Inclustri, akan mengikuti Penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan jika memenuhi syarat akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.

·Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas, akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah clan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah clan Sijil Khas Vokasional.

PRA SEKOLAH PENDIDIDKAN KHAS

· Program Prasekolah Pendidikan Khas yang dijalankan di Negeri Sabah adalah untuk murid-murid bermasalah pendengaran clan penglihatan. Pada mass ini Kelas Pra Sekolah Pendidikan khas di negeri Sabah dijalankan di sekolah berikut
· Program Pendidikan Khas Prasekolah Integrasi :Program ini dijalankan di sekolah aliran perdana yang melaksanakan Program Integrasi Pendidikan Khas.

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah;

- Berumur 4+,

- Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan

- Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

PENDIDIKAN RENDAH

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pefajaran Malaysia ialah'.

· berumur 6+ hingga 14+ tahun,

· Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan

· Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Semua sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akdemik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Murid-murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah semasa di Tahun Enam.
Murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Bagi Murid-murid bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan mereka menggunakan kurikulum kebangsaan manakala murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan kurikulum alternatif. Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

PENDIDIKAN MENENGAH

Syarat kemasukan murid ke pedngkat menengah Program Integrasi Pendidikan Khas, Kementerian Pelejaran Malaysia ialah

· berumur 12+ hingga 19+ tahun,

· Disahkan oleh pengamal perubatan, dan

· Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan mengikuti pendidikan menengah aiiran akademik di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas. Manakala murid bermasalah pembelajaran yang tidak dapat mengikuti pembelajaran biasa akan mengikuti pendidikan yang penilaiannya akan dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Program ini merupakan satu program yang disediakan bagi membantu pelajar mengatasi masalah belajar yang khusus dalam penguasaan 3M. Murid yang dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini dilaksanakan hampir semua sekolah rendah
Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan Instrumen Penentu penguasaan IPP3M/ IPP2M. IPP3M terbahagi kepada IPP3M1 untuk murid tahun 1 dan IPP3M untuk murid tahun 2 IPP3M3 untuk murid tahun 3.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran adalah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (Withdrawal).
sumber dipetik dari : http://ceritarasahati2.blogspot.com/ (BUKU MAKLUMAT PENDIDIKAN KHAS JPN, SABAH 2009)



Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/