Pengikut

Februari 24, 2015

Kad Gambar

Hasil perkongsian rakan fb Nur Nadia Rahim..
Barakallah..moga ilmu yang di kongsi dapat memberi manfaat kepada semua guru dan anak didik serta mengumpul saham di sana kelak 












Kenal Sukukata

Hasil perkongsian dari rakan fb yang kreatif2 belaka.. dan saya share disini moga dapat memanjangkan pahala orang yang memberi utk anak didik kita semua..Inshaallah..







Februari 21, 2015

Di sebalik ucapan ASSALAMUALAIKUM


Sebagai panduan &tips; peringatan tuk kita semua.. terutama yg ada anak2 spt saya ... jom kita jadikan amalan harian. dan kekalkan d lidah kita pd setiap ketika.. semoga berkatnya sampai bila-bila.. aminn....
Kredit tuk Tadika Seri Iman Intelek @ Kak Akmar.

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):
1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah

Sharing is caring
Caring is loving
Copy from group fb kak Noranin Abdullah

Februari 18, 2015

TIPS UNTUK MURID YANG BERMASALAH

Saya copy dari  fb group  Cikgu Noranin 
Sumber : wassup dr kawan .. yg juga cgu prasekolah..

Tips untuk murid bermasalah
Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1) Lambat menulis:
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan.

2) Murid Pelat:
Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) Murid lambat bercakap.
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga.
Sebab: eerr.. terlupa pula sebabnya..heh.

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) Murid hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.

Februari 17, 2015

Chinese New Year Theme: Dragon Parade Puppet

Happy CNY for the Chinese :)









Make a Dough

Serius, teruja giler dapat buat doh sendiri...hahaaha..cikgu sangat exited kalah anak murid...
maka terhasillah doh buatan sendiri dan dapat jugakla aulad menguli buat2 lembut jarinya  sikit untuk seminggu tu..resipinya memang senang sangat2 :

 RESEPI DOH
2 cawan tepung
2 cawan garam
pewarna merah kuning hijau
downy (nak bagi wangi)
air (agak-agaknya..masa isi letak sikit2 macam nak menguli karipap..agak dah lembut tak payah letak air lagi.














Minggu Orientasi

Ni bulan lepas punya cerita minggu orientasi..Tapi baru sempat nak up and share..seronokkan dapat main-main, nyanyi-nyanyi.. nak tackle aulad supaya tak nangis.. tak takut and seronok nak datang sekolah esoknya memangla cikgu kena ada anergy yang luar biasa..barula tak semput.. Cikgu kena cover emosi penat ke nak marah ke dan kena tunjukkan betapa kasihnya, baiknya, cerianya cikgu bila dengan mereka... Itula seronoknya mengajar budak kecik.. 

*Bila tiba waktunya..cikgu nak kalian ada di tempat cikgu..Cikgu takkan selamanya di sini dan kalianlah penggantinya..
mood sedih je titiba!




TEMA KAWAN SAYA

Arrange  letters into words "friends"
free download!





Februari 12, 2015

FINGER PUPPET : MY FAMILY






Aktiviti Kenal Huruf Jawi

Alhamdulillah... Tahun ni dapat ustazah baru :) after 7 tahun dia dah tinggalkan kelas pra.. Aulad suka sangat sebab ustazah buat macam-macama aktiviti yang best2...hope berterusan la hingga tahun2 seterunya. Thanks Ustazah Zahalina!





Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/