Pengikut

Mei 02, 2017

TEMA SAYUR SAYURAN

Aktiviti simple je hari ni. Murid mewarna sayur-sayuran dan lable nama sayur.
Save image yer if bermanfaat bolehlah jadikan lembaran kerja untuk anak2. Sebelum tu saya dah lukis pada whiteboard and labelkan satu2 nama sayur-sayuran. Anak2 dan boleh sebut nama-nama sayur baru buat aktiviti pengukuhan.









April 19, 2017

Aktiviti Bahasa dan Komunikasi Prasekolah (belajar kvkv)

Memadankan sukukata menjadi perkataan.
Memadankan perkataan dengan gambar yang betul.
Aktiviti biasa-biasa.. Tapi budak seronok je kan :)

Ell agih 3 Kumpulan.. so hardcopy bahan ada 3 set.
Boleh save image je yer templat di bawah ni...
Semoga bermanfaat.






\





April 18, 2017

BUKU KOMUNIKASI

Assalamualaikum.
Salam 1 Malaysia untuk sayang2 yang singgah ke blog yang dah bersawang ni...
Admin still bernafas and ada cuma menyepi dah lebih aktif di fb dan IG.

Ok.
Ell just nak share tentang Buku Komunikasi ni.. Ni pun dapatan dari KURSUS FLIPPED CLASSROOM peringkat negeri Pahang yang Ell pergi baru2 ni...Alhamdulillah dapat bergandingan dengan senior2 dan otai2 terhebat dalam negeri time kursus ni memang auranya akan sampai ke kita.
Ramai yang dah pernah buat.. Tapi apakata kita perluaskan dan mulakan lagi sekali yang mana dah terhenti tu.
Buku Komunikasi ni fungsinya simple. Just nak bagi memo/makluman pada parent. Contoh memo ell ada lampirkan sekali..
Bila dah terlibat dengan kaedah flipped classroom automatik kita harus melibatkan parent juga dalam pembelajaran anak2. Medan group whattapp itu memang wujud. Tapi macam di kawasan Ell ni ada juga parent yang still takder whatapp dan ada juga yang jenis kurang cakna. So, adanya buku komunikasi ni kita boleh tengok penglibatan parent dan juga sebagai bukti dan rujukan pada kita apabila pemantauan dijalankan.
Faham ke faham??



Size separuh kertas A4 jer tau. Nanti download link yang Ell bagi..cikgu just edit nama sekolah je dan yang dirasakan perlu. Then setting kat print 2in 1 yer...


ni je isi dalamnya :)


Contoh memo ni nanti tampal je pada ruang kosong tu. Bagi pada murid minta parent sign tanda diaorang dah maklum apa yang kita sampaikan.


Nak template buku ni?????.. serius nak??????

klik Cikgu Ell Chanteq ;) 

korang memang cute kan!
Moga bermanfaat untuk semua..
SALAM SAYANG


Januari 13, 2017

Lets Learn Letter Oo

Lets learn letter Oo!
 AP masa akhir dah ni. Agak kelam kabut juga coz nak buat kolaj ni memang take time. Kali ni kita guna tisu pula. Koyak tisu dan renyuk. Harap akhir tahun nanti anak anak cikgu punya tulisan yang kemas dan comel macam cikgunya tulisan cikgunya. 😗












Januari 11, 2017

Ruang Perbualan Pagi

Sebenarnya nak bagitau..
Kami sedang merasmi karpet cikgu baru beli..
Bila duduk jer atas karpet ni semua akan jadi dengar kata!
PEACE!!!!!!!!!!!!!




RUANG PERBUALAN PAGI

Lets Learn Letter Aa

Let's Sayang kita lembutkan lagi jari tu..
Sebelum rehat tadi Aulad Bestari join  Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah punya.
So balik kelas ni je aktiviti sempat kita buat.
Ok uolss.. saya belanja templat free juga untuk buat aktiviti kolaj ni ke anak-anak.

Actually hasil kerja ni termasuk dalam bahan mengajar yang saya buat untuk pakej LETS LEARN A to Z. Idea imej visual ni di adaptasi dari website oversea then saya lukis sendiri, scan n masukkan dlm laptop dari huruf A sampaila huruf Z :)
kenapa lukis sendiri? sebab yang dlm website tu hurufnya berwarna so saya fikir fikir saya cuba lukis sendiri untuk jadikan gambar bentuk huruf ni ada dua versi (berwarna dan line drawing)













~Doakan kesejahteraan Cikgu Ell~

Januari 10, 2017

KOORDINASI MATA TANGAN- PSIKOMOTOR HALUS


Ok.. Aktiviti harini
MENJAHIT PINGGAN  AJAIB Aa
Kusyuk sampai ke cikgu tau.. Penat nak betulkan sorang-sorang. Betullah tak semua orang ada kemahiran yang sama..hahahaha.. tapi memang best juga bila apply aktiviti ni ke anak-anak.. diaorang dapat rasa pengalaman baru.. ye tak???
Tengok hasilnya di bawah ni.. kan comel!


minggu orientasi prasekolah



  Minggu kenal kenal dengan kawan baru, kawan lama. Tak lupa minggu nak berkenalan dengan cikgu baik, cikgu cantik..hahhahaha.. ( nak jugak rasa cantik).
Aktiviti ni saya just print gambar haiwan-haiwan dalam 4 set (ayam, kucing, lembu, kambing). Kemudian saya agihkan pada anak-anak. Then saya minta mereka bunyikan suara haiwan berdasarkan gambar pada kertas yang mereka dapat. Masing -masing membentuk kumpulan setelah berjumpa dengan haiwan yang sama melalui suara haiwan yang dibunyikan. Simple jer.


Ehhh!!! 👀 😝

MINGGU ORIENTASI PRASEKOLAH


Cerita Minggu Lepas. Alahai manja cikgu.
Mula-mula adik selalu control abang. Adik selalu redakan abang. Tapi adik tak tahan godaan abang. Adik tertewas😂 
dua dua menangis. Tapi..tapi.. cikgu buka cerita Pada Zaman Dahulu terus goyang kaki tau..hahhaa..
macam-macam ragam..
ADAM HARRIEZ/ ADAM ASYRAFF

AKTIVITI PSIKOMOTOR HALUS- MENGUNTAI


Cerita Semalam..
Sampai ke harini ada yang masih belum cabut. Sayang betul diaorang dengan cikgu Ell sbb dengar kata kan.. cikgu tak suruh buka. haa.. syok tengok anak-anak menguntai. Sebab laju sangat siap cikgu suruh buat gelang ajaib kuasa 10 ni kiri kanan lengan. Gelang ni bila pakai awak akan jadi kuat, berani, baik hati dan paling penting awak tak menangis pun nak datang sekolah..hahhaha.. betullah si kembar tu sampai ke balik tak menangis. Pagi pagi je dia morning sickness 😂

Aktiviti menguntai ni untuk mahirkan anak-anak dalam kemahiran koordinasi mata tangan. diaorang pun seronokkan.

KOLAJ LEMBUTKAN JARI JEMARI

Cerita minggu lepas. Minggu pertama sekolah
Aktiviti psikomotor ni yer ibubapa...dekat rumah pun kena rajin-rajin suruh anak mengoyak, menguli, main pasir, menguntai barulah jari jemarinye lembut..
Actually saya nak lembutkan jari jemari mereka supaya cantik tulisannya. Nampak aktiviti ni klise jer.. tapi sangat bermanfaat untuk anak-anak kecil.

#3rdday
#auladbestari2017


PUBLISH BAHAN SENDIRI



Harini saya berkongsi apa yang sy miliki... Gambar jejaka hensem di atas tu ialah Mr CK..dari Pustaka Saujana.. kebetulan sy ada order buku aktiviti prasekolah dari dia.  Sambil sambil tu sy leka memprint buku baca untuk budak2 saya. Terkedek kedek betulkan..hihihi..nk buat macam mana..dah lama niat nk publish tapi malas terlebih. Mr CK offer sy utk bantu sy publish buku buku tu coz dia tertarik dengan buku lembut lidah saya yang saya gunakan KAEDAH IMAGINASI VISUAL.. ok sy taknak story lebih coz masih awal.

Sy sedang berusaha untuk publish buku sy..doa2 sahabat amat sy perlukan untuk memudahkan perjalanan sy sebagai seorang pendidik yg nak berkongsi sedikit ilmu untuk anak2 kecil... INSHAALLAH..
.
.
RABBI YASSIR WALA TUA'SIR

PERMULAAN 2017

SUBHANALLAH.. 2-3 tahun menyepi..harini ada kekuatan untuk membuat posting di blog sendiri yang penuh bersawang... 
Thanks alot pada sahabat yang tersinggah atau sajer menyinggah... korang memang osem.. luv uolls..

berkaitan pic di atas... masa ni saya tgh print BUKU ADIK BIJAK 2...Ada 2-3 Aulad Bestari dah boleh skip ke ADIK BIJAK 2.. Cita2 saya untuk publish buku ni masih belum kesampaian...doakan utk saya moga impian saya tercapai...nak publish..sbb mcm putus cinta nk print 1 1😐..
Tp kugagahkan juga untuk kali ni

SOFTCOPY ADIK BIJAK 2 RM10.00

whatsapp:
017-9784779 (Cikgu Ell)

Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/