Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Prasekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Prasekolah. Papar semua catatan

November 16, 2013

Suka Duka Minggu Terakhir Persekolahan

Syukur.....
Selesai segalanya... bermula tugas minggu terakhir yang lepas
Isnin- prepared and packing segala cenderahati untuk 48 aulad (hamper, stationary,stokin,  jersey pahang pun) wahh..memang mewah untuk korang!!

Selasa- Raptai penuh Hari Anugerah Pendidikan Cemerlang & Graduasi Prasekolah - reasel tarian bollywood prasekolah/ majlis potong kek dengan aulad 






Rabu- Berlangsung hari yang di tunggu. HAPC 2013

Khamis-  Jamuan akhir tahun ( makan nasi tomata ye...7 ekor ayam disponser oleh sorang parent, beras basmathi di sponsor oleh cikgu Sahizam... Cikgu J.Jamilah  menawar diri nak masakkan nasi tomato.. kami cuma sediakan ayam masak merah je....alhamdulillah..moga dimurahkan rezeki kepada yang banyak memberi :) ....tak habis nasi tomato..before balik cikgu x lupa bagi KFC  untuk u all semua :)


Jumaat - Meeting akhir tahun sampai rehat..huhu..then cikgu kelam kabut masuk ke kelas...clearkan buku-buku, file, peralatan lain untuk kita serahkan pada aulad semula..

walau cikgu sedih coz dah tak bersama dengan kalian lagi..and banyak kenangan manis dengan kalian semua...tp cikgu buang jauh2 perasaan sedih tu coz cikgu taknak kalian tau...walau cikgu kekadang marah terlebih...cikgu cuma nak kalian jadi manusia yang berguna...cikgu tau cikgu pegang kelas murid yang lemah...tp ingat pesan cikgu...
walau kamu jadi orang yang tak pandai, bukan duduk dalam kelas 1A nanti ..tapi kalau kamu rajin..kamu jaga sikap kamu..semua orang akan sayang kamu :) ..
opss...tetibe sedih :(

Layan gambar HAPC kat bawah ni ...



 with teman baik eela..Cikgu Nur Saniah







November 13, 2013

Majlis Apresiasi Prasekolah Daerah Maran

Alhamdulillah..setelah 7 tahun berkhidmat..tahun ni eela rasa tahun istimewa utk eela...
1st dulu eela dapat APC and kali ni kerja keras eela selama 7 tahun dalam bidang prasekolah akhirnya di ikhtiraf dan dihargai oleh PPD Maran...
Biar tujuan sebenar eela cuma nak share bahan yang eela buat, yg eela dapat..termasuklah kehadiran blog yang eela sayang ni..walau sekarang memang jarang jugak eela  update tapi walau camanapun eela akan cari masa sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk eela share dalam blog eela ni...
Selama 3 tahun lebih blog ni wujud..dah 2 kali eela join competition educational blogger peringkat kebangsaan under UPSI..alhamdulillah pernah merangkul tempat ke3 dan ke4..tahun ni pun eela still join..doa2kanla hope masih ada tempat blog eela ni di mata judges...

Seronok bila kita  dapat share sesuatu untuk kegunaan semua...dan dapat bersedekah dengan cara ni amat menenangkan hati eela..

SEKITAR MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH DAERAH MARAN
7 NOVEMBER 2013 (RABU)
DEWAN SEMINAR PPD MARAN

Raheela Azlan menerima pengiktirafan  atas sumbangannya seperti yang berikut:
  • Jawatankuasa Prasekolah Daerah Maran
  • Jurulatih Utama Pengurusan Prasekolah Daerah
  • Jurulatih ICT Negeri Pahang
  • Kelas Harapan Prasekolah Terbilang Per Negeri Pahang 2013
  • Kelas Penanda Aras dalam Negeri Pahang
  • Blogger Terbaik Prasekolah Peringkat Kebangsaan
















Oktober 24, 2013

Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah ke Suria KLCC 2013

Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah ke Suria KLCC
Tarikh : 23.10.2013 
Hari : Rabu
Tempat : Petrosains & Aquaria

Tentatif :

6.30 am -
berkumpul depan pintu pagar sekolah
7.00 am- 
bertolak
9.30 am - 
berhenti makan di Genting Sempah
10.30 am - 
sampai ke Suria KLCC
12.00 pm - 
masuk ke PetroSains
2.00 pm - 
rehat/ makan
3.00pm- 
masuk ke Aquaria
6.00 pm -
makan petang di KFC
7.00 pm- bertolak pulang

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat sampai.. Pada mulanya kitorang rancang nak pergi Kidzania..Tapi dah last minute pihak sana bagitau tarik 23hb tu dah full....ermm..stress skjp...so dah bincang dengan parent and pihak sekolah..kitorang tetap buat lawatan pd tarikh tersebut tp ukar ke lokasi lain...
Memang best :) Cikgu pun teruja sebab cikgu belum pernah pergi..budak2 tak payah cakapla...dapat teroka macam2..dapat tgk ikan besar..masing-masing nampak happy
cumanya bila dah lama2..dah samai ke petang paham2lah diorang ni..penat...apapun Thanks pd semua yang terlibat specially parent2 yang sporting belaka...maaf kalau ade kekurangan dr pihak kami...ni 1st time kami buat lawatan..hope tahun depan lagi ramai penyertaan dr murid dan parent...

* Layan gambar kat bawah ni ye :)..maaf kalau gambar cikgu terlebih dr gambar budak ye..hihihi..sebab kami memang giler posing*


 baru sampai...posing dulu

ni anak murid kesayangan :)
merangkap anak cikgu eela
@ Aquaria
Ikan Lampamyang berpusing

@Aquria

Confem  gambar atif lagi :)


with penglipur lara yang buat si Aulad terlopong skejap dengar sis ni bercerita
@ Petrosains

Story Telling times @ Petrosains

 Tengah tunggu turn nak masuk Petrosains

Kami orang kuat Prasekolah SKJ11


@ Karnival Sains

Atif again :)
Sesumpah ni sempat kasi smile maut punye :)
@ Aquaria KLCC
@Petrosains



with parents


Ijat yang paling comel :p
peace yoo...

Oktober 09, 2013

Demam Prasekolah Terbilang Negeri Pahang 2013

Demam Prasekolah Terbilang Per Negeri Pahang  datang lagi...sure, ni tahun ke 3 eela terpaksa rela join program ni...ikutkan hati memang dah taknak join sebab bintang sentiasa malap....tapi, eela positifkan diri..cuba jadi manusia yang tak mudah mengalah..takpe..eela tak harapkan kemenangan pun..memadailah kelas eela dah menang di hati follower eela..kelas ceria..cikgu , ppm n murid pun seronok nak datang sekolah..
of course, nk ucapkan terima kasih to all of you banyak tolong eela...tengok je gambar kat bawah ni..memang terharu sanagt2..baik pekerja swasta sekolah, guru-guru prasekolah zon jengka, ppm  n juga parents yang sangat sporting..
moga kalian diberi kesihatan yang baik and murah rezeki :) amin......
tanpa kalian semua eela takkan boleh nak gapai ape yaang eela nak..

p/s: banyak lagi nak upload gambar sesi 2013 ni....tungguu...................











Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/