Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan

Mei 21, 2014

Kanak- kanak ADHD

ADHD atau ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ adalah sejenis permasalahan tingkah laku yang paling lumrah dan dianggarkan melibatkan lebih dari 10% kanak-kanak berusia 18 ke bawah. Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, bagi sesetengah kanak-kanak ini tanda-tanda ADHD beransur kurang apabila mencecah dewasa namun 65% daripada mereka akan terus mengalami gejala tersebut ke usia lanjut.

SIMPTOM
·Sukar untuk menumpukan perhatian apabila belajar dan menghasilkan kerja yang tidak teratur, tidak terperinci dan mengandungi kesalahan yang tidak sepatutnya.
· Mudah teralih perhatian oleh perkara-perkara kecil dan sukar mendengar arahan.
·Tabiat kerja tidak teratur, kealpaan dalam aktiviti harian, gagal untuk menyelesaikan tugas-tugas seperti kerja rumah.
· Hiperaktif atau terlebih aktif
· Sukar untuk duduk diam, asyik menggeliat dan sering bergerak, berlari dan melompat
· Tidak berhenti bercakap dan selalu gelisah
· Impulsif
· Tidak penyabar dan sukar menunggu giliran
· Degil dan bertindak ikut suka hatinya
· Panas baran dan mudah mengamuk

Para saintis masih lagi belum jelas dengan punca ADHD yang sebenar. Rata-rata bersetuju ADHD dikaitkan dengan perkembangan otak yang kekurangan nutrisi tertentu, juga faktor-faktor lain seperti faktor genetik, akibat kecederaan kepada kepala kanak-kanak, berat badan yang kurang ketika dilahirkan dan pengaruh pencemaran/toksin kepada ibu ketika hamil seperti terdedah kepada plumbum dan dadah tertentu.

Namun, kajian terkini lebih mengaitkan faktor kekurangan nutrisi jenis asid lemak dan fosfolipid tertentu untuk perkembangan otak yang sihat. Sehingga kini lebih dari 3,000 kajian telah direkodkan bahawa fosfolipid jenis ‘Phosphatidylserine’ dan asid lemak omega-3 memberi kesan positif terhadap kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD.
Sumber: http://www.karangkraf.com/gaya-hidup/kanak-kanak-hiperaktif-1.282364

Mac 06, 2014

Tip Ajar ABC


Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.

Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.

Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak.

Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana kanak-kanak sudah biasa dengan pendidikan awal tersebut.


Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah. Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran ABC :

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.

3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat,  latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca

Sumber : http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/tip-ajar-baca-abc-1.247325

Februari 18, 2014

Tujuan Pendidikan Awal Kanak-kanak diwujudkan

BINA BANGUNAN BARU PILING ATAU PILING DULU BARU BINA BANGUNAN?

Prasekolah Jepun ialah sekolah "main". Anak-anak Jepun tidak diajarkan akademik sehingga mereka masuk ke umur 7 tahun. Hanya sebahagian kecil menghantar anak mereka untuk pendidikan swasta seperti ke Kumon. Di sana, mereka belajar akademik. 

Jika tidak, prasekolah digunakan untuk menanamkan jatidiri, disiplin, pergaulan, kesenian, bermain, menternak arnab, berenang, melukis.

Apabila mereka masuk ke sekolah rendah, mereka sudah bersedia mentalnya untuk belajar lebih serius. Seperti pendidikan di Warga Prihatin yang pernah saya tuliskan sebelum ini…sehingga umur 7 tahun, hanya penerapan akhlak sebagai pasak jatidiri anak-anak. Masuk sekolah rendah, sudah tidak susah lagi. Cabarannya, orang selalu tanya anak kita dah pandai membaca ke belum. Kena tahan sikit telinga.

Umpama membina menara berkembar Petronas. 1 ke 2 tahun pertama, kita hanya nampak pagar kawasan pembinaan sahaja dari luar. Tak nampak lagipun bangunannya. Itulah fasa FOUNDATION dan kemudian, setelah fasa foundation itu SIAP dan KUAT, bangunan boleh dinaikkan dengan yakin dan kukuh.

Adakah anak anda begitu? Atau anda bina bangunan tinggi tetapi pasaknya anda pasang kemudian?

SAIFUL NANG
Che'gu Disiplin
MRSM Puchong Jaya






September 01, 2013

Keistimewaan Prasekolah Aulad Bestari SK Jengka 11


Logo Prasekolah Aulad Bestari
Visi dan Misi




Kenapa memilih Prasekolah Aulad Bestari?
  • Mempunyai guru dan pembantu pengurusan murid yang berpengalaman serta komited dengan pendidikan awal kanak-kanak.
  • Mempunyai Guru Agama didatangkan khas dari opsyen Pendidikan Islam. 
  • Menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
  • Penggunaan Easy Reader Programme.
  • Melaksanakan Program 1 Hari 1 Huruf.
  • Menjalankan Program 5 minit bersama Adik Bijak.
  • Membuat pentaksiran terhadap murid berdasarkan Program Kajian Kembara Prasekolah.
  • Sentiasa melibatkan murid dengan aktiviti dan setiap majlis yang diadakan di peringkat sekolah.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang berlandaskan menu yang telah ditetapkan.
  • Mempunya kelas yang selesa dan ceria dimana Prasekolah Aulad Bestari merupakan salah satu  prasekolah penanda aras dalam Negeri Pahang kerana dekorasinya yang menarik dan pengurusannya yang baik. 
  • Pembelajaran percuma dan tiada yuran bulanan.
Apakah syarat-syarat kemasukan ke Prasekolah Aulad Bestari?

Keutamaan diberi kepada :
  • Warganegara Malaysia.
  • Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.
  • Ibubapa/penjaga yang berpendapatan rendah
Apakah KSPK?

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut :

1- Membina kecergasan badan.
2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6- Mempunyai kematangan emosi.
7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
12- Mengamalkan nilai-nilai murni.
13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.
15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.
18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Mata pelajaran yang ditawarkan di bawah Prasekolah Aulad Bestari memenuhi keperluan kurikulum prasekolah diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antara matapelajaran yang akan di ajar adalah seperti rajah di bawah:



Bagaimana Program 5 minit bersama Adik Bijak dilaksanakan?

Adik Bijak merupakan buku baca yang dihasilkan oleh guru Prasekolah Aulad Bestari sendiri iaitu Pn Wan Rahilah bt Wan Abdullah dimana beliau telah mengkaji kesesuaian buku tersebut dengan tahap kanak-kanak prasekolah. Terdapat 3 set Buku Adik Bijak  yang mana   kami  akan agihkan kepada setiap murid secara berperingkat mengikut tahap kemampuan mereka.

Guru akan meluangkan masa selama 5 minit untuk bersama dengan setiap murid bagi mendengar bacaan masing-masing menggunakan buku Adik Bijak dan setiap bacaan akan direkodkan. Buku tersebut akan ditanda dan murid dikehendaki membawa pulang ke rumah supaya pembelajaran ini berterusan. 
Hasil setelah 5 tahun menggunakan program ini ternyata ianya berkesan dan murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.




Apakah yang dinamakan Program Kajian Kembara Prasekolah (Kemahiran Membaca, Menulis, Mengira)

Program ini dijalankan secara berperingkat dan segala apa yang ingin dinilai terdapat dalam modul seperti di bawah.Modul ini dijadikan sebagai rujukun  instrumen pentaksiran prasekolah dimana guru dapat melihat perkembangan murid setiap masa dan membantu murid-murid yang lemah.




Bagaimana Program 1 Hari 1 Huruf dijalankan?
Klik disini  untuk mengetahui secara menyeluruh bagaimana program ini dijalankan.



Jadual Waktu Prasekolah Aulad Bestari



Iqrar as Genius Aulad




Beginilah kami di Prasekolah Aulad Bestari !
"Learning  is always fun and meaningful "










Julai 12, 2013

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2014 di buka sekarang!


Terdapat 2 kelas prasekolah di SK Jengka 11 iaitu kelas Aulad Bestari dan Aulad Bijak. Koata bagi murid prasekolah SK Jengka 11 adalah seramai 50 orang dan kami mengutamakan kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun serta merupakan WARGANEGARA Malaysia. Kemasukan anak-anak anda ke sekolah kami, kami  alu-alukan dengan besar hati :)

BERIKUT BERKAITAN PRASEKOLAH SK JENGKA 11:

Kelas Aulad Bestari (Bangunan lama di naik taraf menjadi kelas prasekolah)
Nama Guru:Wan Rahilah bt Wan Abdullah
Nama PPM:Fazlinawati bt Junait

Kelas Aulad Bijak  (Bangunan Baru)
Nama Guru: Nur Saniah bt Abd Rahman
Nama PPM: Ummi Masitah bt Ahmad Khalil


  • Proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah berlangsung selama 4 jam bermula 7.45 - 11.45 pagi.
  • Murid  diberi makan  sebanyak 2 kali iaitu pada jam 8.00 pagi (sarapan)  dan jam 10 pagi (makanan berat).
  • Bayaran keperluan murid hanya kami minta pada awal sesi persekolahan manakala  pendidikan serta makan minum mereka  sepanjang tahun adalah percuma.
  • Kami di SK Jengka 11 mengutamakan peningkatan pencapaian murid prasekolah dari segi bacaan mereka.

Oktober 18, 2012

Tempat ke-4 Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2012

Salam..
kalau u all ingat eela dah pernah masuk pertandingan Educational Blogging ni 2 tahun lepas and dapat tempat ke-3..masa tu takda pun lagi pertandingan ikut kategori sekolah, ipt atau terbuka n masa tu pun penyertaan tak ramai mana just 200 lebih je macam tu..

Bulan May lepas eela ada terpandang pasal Educational  Blogging ni coz tahun lepas dah ter "mis".. So, saja suka2 isi and tak confident boleh menang coz rasanya penyertaan makin meningkat.. Tertunggu-tunggu jugak resultnya masa bulan Julai..bila tengok web ICT UPSI menyepi je..so eela ingat maybe tahun ni pertandingan takde..

Tak sangka siang tadi tengah syok cabut rumput dekat taman depan kelas, PPM bagitau eela dapat nombor 4..seriously eela ingat pasal Anugerah Pra Terbilang tau..( ada hati jugak nak dpt 5 bintang :) 
the bila dia bagi surat dekat eela, i'm very suprise jugakla coz tak sangka tersangkut jugak nombor ..Tetiba rasa bersyukur + berbangga jugak coz walau hanya tempat ke-4, satu-satunya blog berteraskan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dapat membuka mata para juri..

Apapun.. tanpa kalian semua yang selalu menyinggah and bertapa disini, eela jugak takkan berjaya seperti ini sekarang ;).. So, Thanks to all of you and thanks to ICT Centre UPSI coz bagi Eela ruang dan terus bersemangat untuk berkongsi tentang dunia Pendidikan Awal Kanak-kanak disini.



Ogos 23, 2010

Psychomotor::

Zara : does anyone can explain to me the meaning of psikomotor?

Purpose is the development of psychomotor skills and physical ability of muscle.

OBJECTIVE psychomotor

Psychomotor aspects are related to physical movement. Teachers who teaches physical education will have control of movement members as a primary focus in teaching and training. In preschool and primary school, children are brought up to the control the movement of the ordinary in life, in the exercise. In addition to the students are trained for specific skills that are not performed in everyday life. For example, the dribble skills football game.

As the domain of cognitive and affective, psychomotor domain also has its own hierarchy as proposed by Simpson Taxonomy and taxonomic Jewett.

Simpson taxonomy divides the aspects of psychomotor into five levels:
i. observation
ii. preparation
iii. motion control
iv. mechanism
v. specific movements

While Jewett Taxonomy produce three main stages:
i. basic movement
ii. specific movements
iii. creative movement



Julai 07, 2010

::Emosi kanak-kanak tak sama..('',)












Perkembangan Awal Emosi (bayi 0-15 bulan)
Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact’:
- gembira/seronok – senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh – bila diagah.
- terkejut – angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh – berhenti menangis bila dengar bunyi  muzik atau suara jeritan
- minat – merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh – merenung wajah ibu, melihat persekitaran
- marah – mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek ‘dirampas’ daripada tangan.
- Sedih – muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh – ditinggalkan ibu
- Geli- berkerut kening, jelir lidah. Contoh – ‘menolak’ jenis makanan tertentu, menangis bila buang air.

Bayi antara 3 – 8 minggu sudah boleh tersenyum- perkembangan awal emosi positif

Bayi 12- 20 minggu – senyum pada wajah dan suara dikenali; senyum bila merasakan persekitaran ‘dikuasai’, mula ketawa.
- Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang.
- Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7 hingga 9 bulan – melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’.

Emosi anak tatih (16-36 bulan)
Emosi turun naik seperti ‘roller coaster’
Usia 2 tahun : sudah tahu menunjukkan emosi dan emosi yang ditunjukkan memang disengajakan – tidak ragu-ragu untuk melakukannya.
Mahu ‘bebas’ tetapi tidak mahu ditinggalkan bersendirian – rasa diri ‘sudah besar’ tetapi mahu dibelai.
‘reject syndrome’ – dalaman kanak-kanak bukan ‘menentang’ ibu bapa.
‘temper tantrum’ (tidak mampu meluahkan perasaan sepenuhnya dalam bentuk perkataan/verbal)
Berbagai bentuk perasaan takut: bunyi bising, suara binatang, bilik gelap, ‘hilang’ ibu bapa, perubahan persekitaran dan sebagainya (takut pada apa saja yang ‘dianggap’ bahaya).


Emosi kanak-kanak 3-4 tahun (prasekolah)
Usia 3-4 tahun sudah boleh memahami perkaitan antara emosi dan persekitaran/ sebab yang mempengaruhi emosi.
-Mula belajar mengawal emosi yang turun naik.
-Pemahaman terhadap emosi orang lain terbatas hanya kepada emosi yang ditunjukkan melalui memek muka.
-Perasaan takut yang terbentuk berkait dengan imaginasi dan khayalan berserta perkembangan daya kreativiti dan pemikiran abstrak. Contohnya takut hantu, takut jatuh.
-Lebih berdikari, kurang physical contact dengan ibu bapa.
-Lebih banyk bercakap untuk mencurah perasaan/menangani perasan.

Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan (7-14 tahun)
-Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan.
-Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu.
-Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik – takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah.
-Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai.
-Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak ‘out of control’; belajar mengawal perasan.
-Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut.
-Mula memahami keperluan kumpulan.








Sumber: Permata.Com ('',)

Februari 18, 2010

Apa itu NKRA? Apa Kaitannya dengan Prasekolah?...

Assalamualaikum..
Inilah antara input yang saya terima ketika Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Zon Jengka yang ingin dikongsi bersama ..Saya cuma ingin sentuh secara ringkas NKRA yang berkaitan dengan prasekolah agar jika ditanya tidaklah kita melopong je..ade jugak ditanya NKRA tu apa? dah x boleh nak jawab..bukan cakap kat orang lain..pada mulanya sy pun macamtu la..


NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara)

Empat Teras Pendidikan dalam NKRA
  1. Pendidikan Prasekolah
  2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
  3. Sekolah Berprestasi Tinggi
  4. Bai'ah (New Deal)
Bahagian Pendidikan Prasekolah
Tujuh teras utama bagi melaksanakan akses kepada Pendidikan Prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
  1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Peringkat Kebangsaan.
  2. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan.
  4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru.
  5. Menambah bilangan prasekolah di kawasan miskin, bandar, luar bandar dan pedalaman.
  6. Meningkatkan perkongsian Pintar Kerajaan, Swasta dalam Pendidikan Prasekolah.
  7. Mewujudkan sistem maklumat Prasekolah Kebangsaan.
Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/