Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Inovasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inovasi. Papar semua catatan

Disember 17, 2014

BUKU BACA PENDIDIKAN AWAL KANAK_KANAK





PAKEJ LEMBUT LIDAH
RM15.00
SOFTCOPY
Buku ini telah dihasilkan pada tahun 2012 dan kini dikemaskini mejadi lebih baik, tersusun serta menarik.
(Kanak-kanak belajar melalui imaginasi visual yang diadapatasi daripada program 1Hari 1Huruf dan kanak-kanak dapat belajar melembutkan jari jemari menulis huruf dengan betul melalui buku tulis LEMBUT JEMARIKU 1&2)






 PAKEJ ADIK BIJAK
RM30.00
SOFTCOPY
Buku baca ADIK BIJAK 1 dan 2 telah dihasilkan pada tahun 2009. Kemudian El telah hasilkan ADIK BIJAK 3 pada tahun 2011. Buki ini 100% El hasilkan sendiri dan masih dijual dalam bentuk SOFTCOPY.
Pada tahun ini El cuba kemaskini sikit demi sedikit dan akhirnya terhasillah buku ini dengan wajah baru. Ramai Guru2 Prasekolah dari seluruh Malaysia yang beli dari El. Jika ditanya sama atau tak dengan buku yang lama? Jawapannya: Ilustrasinya berbeza dan ada pengurangan dan penambahan perkataan-perkataannya. Cuma buku ADIK BIJAK 3 sahaja masih sama cuma El tukar cover sahaja.


PAKEJ COMBO
LEMBUT LIDAH + ADIK BIJAK
RM40.00
SOFTCOPY

sms/ whatapp only!
017-9784779

Oktober 15, 2013

Bahan Inovasi



Fun Kid Komputer 2020 :)

setakat ni aktiviti yang boleh eela buat dengan aulad..aktiviti mengecam huruf...
boleh jugak kalau nak buat sesi ajar mengeja perkataan ke :)

dekat belakang kad tu just tampal pelekat (alaa..tetiba forgot namanya apa..huhu) tapi selalu perasan kan pelekat dekat beg tu (hihihi) 
sebab tu eela guna kain felt untuk buat badan komputer tu..senang nak tampal apa 2..fleksibel..
and span yang eela lekatkan huruf tu sangatla lembut tau..kalau kite tekan je rasa soft sangat..hand on untuk aulad...ok ke ???
cume beli span basuh pinggan tu je..
jom buat... sekali sekala bagi kelainan kat budak kita..

Mac 22, 2012

PROGRAM 1 HARI 1 HURUF- kaedah menngenal huruf::

Proses menyiapkan kertas kerja untuk Program 1 Hari 1 Huruf khas untuk murid yang bermasalah untuk mengenal huruf a hingga z.
Idea gunakan kaedah kata kunci mahir huruf ni dari tahun lepas lagi...tapi tahun ni baru cikgu eela dapat hasilkan dengan lebih kemas dan teratur dan terciptalah PROGRAM 1 HARI 1 HURUF







KAD KATA KUNCI MAHIR HURUF- 
Laminate dan masukkn tali pada kad..Murid yg bermasalah akan pakai kad ni dan bawa pulang ke rumah untuk ingat 1 huruf ni sahaja. Kad kata kunci ni memang idea ela sendiri untuk kenalkan murid dengan setiap  huruf contohnya 
A-Epal
B-Biru
N-Anlene
C- Sikat
Alhamdulilah murid lagi mudah ingat berbanding cara biasa yang kita gunakan a- ayam b-buku....

BUKU KECIL MAHIR A-Z - 
Print dan photostat template buku ni saiz 1/4 murid bawa pulang buku ni dan tulis huruf di rumah berdasarkan kad kata kunci huruf yang di pakai. Buku ini penting supaya murid tidak menghafal huruf pada kad kerana gambarnya..." Sambil tulis, Sambil sebut " perlu diamalkan ketika menulis huruf tersebut supaya murid tidak lupa.

KAD HURUF- 
Lekatkan dalam buku tulis dan guru akan minta murid tunjuk huruf berdasarkan kad huruf yang telah dibawa pulang semalam dan sebut di depan guru. 

* Jika murid masih tidak ingat, mereka akan bawa pulang kad yang sama itu ke rumah dan tulis huruf yang sama sehingga mereka mahir dengan huruf itu...tak kiralah walau 10 kali kena ulang :)
bila dah mahir baru bagi kad lain :)

kata kunci yang ela gunakan..berkaitan bunyi mula huruf tu adalah objek, perbuatan yang dekat dengan murid..simple sangat tp budak senang ingat...


Jika ada yang berminat sms or pm ela di facebook :)


"BERSAMA MENGGAPAI  SIFAR BUTA HURUF"

Jun 18, 2011

Alphabet Sounds Cards::

Lagi satu Produk Cikgu Eela yang dahpun i print...memang cumel2 and anak murid suka nak tengok..nak tau lagi dan n lagi pasal kad ni....klik sini


Januari 06, 2011

Kenal Garis Huruf

Assalamualaikum..
Kali nie I nak entry berkaitan seperti tajuk di ataslah...Terlebih-lebih dulu I nak bagitau, ini bukanlah hasil kerja I coz kenal garis huruf ni adalah salah satu Program Riang Ria Bersama Abjad yang telah dihasilkan oleh Pn Anita bt Otman. Beliau ni merupakan Johan Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan pada Tahun 2008 mewakili negeri Pahang *wah..skema jek ayat I...yelah mahunye tak..skali Kak Nita SU I baru padan muka I..but, I dah minta kebenaran dari dia untuk entry Inovasi yang dia buat nie..yang I entry ni cuma sesuku je..tp kalau u all suka you all boleh jumpa Kak Nita disini and boleh tanya lebih lanjut tentang kaedah yang dia hasilkan nie...(tolong promote kot2 dpt 50%pun jadila..hahahah..melampaukan, nanti kak nita cangkul kepala I baru taw)

Awal2 bulan nie memang elok sangatlah nak ajar budak cara menulis huruf dengan betul...I dah cuba tau, diaorang memang cepat hafal dengan lagu garis huruf nie..lepas tu kalau nakkan bahan dia u all bolehlah ke fb Kak Nita yer..alah guna je duit LPBT tu...bagus untuk budak yang baru nak belajar kenal  huruf..


Ini carta penuh bentuk garis huruf..dan yang kat bawah ni  I sediakan lagunya


 Bulan sabit, bulan sabit, bulan sabit cantik
Ada satu, ada satu, ada satu pendek

 
 Tiang lampu, tiang lampu, tiang lampu tinggi
Tongkat atuk, tongkat atuk, tongkat atuk bengkok

Ada tujuh, ada tujuh, ada tujuh pendek
Gunting patah, gunting patah, gunting patah tumpul

 Tolak tepi, tolak tepi, tolak tepi sana
Mata kail, mata kail, mata kail pancing

 Perut buncit, perut buncit, perut buncit besar
ekor tupai, ekor tupai, ekor tupai pendek
 
 Serong sikit, serong sikit, serong sikit saja
Condong sikit, condong sikit, condong sikit saja
Tahi lalat, tahi lalat, tahi lalat hitam (i ubah sikit lirik titik ni pada tahi lalat)
Ada gelas, ada gelas, ada gelas kosong

.
.
.
.
Eh..kejap..kejap..perasan tak I takde gambar condong sikit n tahi lalat kan...Puas I geledah almari I tapi tak jumpa..yang jumpa hanya tahi lalat kat bawah dagu I sahaja (xde kena mengenapun nak cerita...huh..)
Yang gambar2 n bentuk garis tu I lukis sendiri..sebab tu x cantik..jangan kutuk tau..Kalau nak yang real punya..Tanyalah Kak Nita (dah macam program TV Anita Sarawak pulak)


 Ini lagu hasil dari cantuman garis yang akan menjadi huruf..kalau nak tau rentak lagu ni camana jangan lupa on9 ngan  Kak Nita tau..bukan tanya I..hahahah..kedekutkan...yelah...ini hasil kerja orang..bukan I yang buat...Paham2la yek...I cuma nak berkongsi minda n nak bukakan minda sahaja!!

 Pn Anita Othman
JU Prasekolah Negeri Pahang



Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/