Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Papar semua catatan

Mei 21, 2014

Kanak- kanak ADHD

ADHD atau ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ adalah sejenis permasalahan tingkah laku yang paling lumrah dan dianggarkan melibatkan lebih dari 10% kanak-kanak berusia 18 ke bawah. Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, bagi sesetengah kanak-kanak ini tanda-tanda ADHD beransur kurang apabila mencecah dewasa namun 65% daripada mereka akan terus mengalami gejala tersebut ke usia lanjut.

SIMPTOM
·Sukar untuk menumpukan perhatian apabila belajar dan menghasilkan kerja yang tidak teratur, tidak terperinci dan mengandungi kesalahan yang tidak sepatutnya.
· Mudah teralih perhatian oleh perkara-perkara kecil dan sukar mendengar arahan.
·Tabiat kerja tidak teratur, kealpaan dalam aktiviti harian, gagal untuk menyelesaikan tugas-tugas seperti kerja rumah.
· Hiperaktif atau terlebih aktif
· Sukar untuk duduk diam, asyik menggeliat dan sering bergerak, berlari dan melompat
· Tidak berhenti bercakap dan selalu gelisah
· Impulsif
· Tidak penyabar dan sukar menunggu giliran
· Degil dan bertindak ikut suka hatinya
· Panas baran dan mudah mengamuk

Para saintis masih lagi belum jelas dengan punca ADHD yang sebenar. Rata-rata bersetuju ADHD dikaitkan dengan perkembangan otak yang kekurangan nutrisi tertentu, juga faktor-faktor lain seperti faktor genetik, akibat kecederaan kepada kepala kanak-kanak, berat badan yang kurang ketika dilahirkan dan pengaruh pencemaran/toksin kepada ibu ketika hamil seperti terdedah kepada plumbum dan dadah tertentu.

Namun, kajian terkini lebih mengaitkan faktor kekurangan nutrisi jenis asid lemak dan fosfolipid tertentu untuk perkembangan otak yang sihat. Sehingga kini lebih dari 3,000 kajian telah direkodkan bahawa fosfolipid jenis ‘Phosphatidylserine’ dan asid lemak omega-3 memberi kesan positif terhadap kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD.
Sumber: http://www.karangkraf.com/gaya-hidup/kanak-kanak-hiperaktif-1.282364

Mac 06, 2014

Tip Ajar ABC


Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.

Ia sekadar memperkenalkan mereka dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan mereka duduk diam seketika. Bagaimanapun jangan sampai anda menjadikan rutin ini satu paksaan yang akan menyebabkan si kecil yang baru berusia tiga hingga empat tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.

Tetapi teknik ini berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan alam persekolahan prasekolah. Secara tidak langsung ia membantu mereka membuat persediaan dan tidak terkejut apabila berada di dalam kelas kelak.

Bagaimanapun kebanyakan ibu bapa masa kini sudah mendedahkan anak-anak mereka dengan abjad asas ABC sejak usia awal lagi. Justeru tidak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana kanak-kanak sudah biasa dengan pendidikan awal tersebut.


Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah. Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran ABC :

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula.

3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat,  latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca

Sumber : http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/tip-ajar-baca-abc-1.247325

Februari 18, 2014

Tujuan Pendidikan Awal Kanak-kanak diwujudkan

BINA BANGUNAN BARU PILING ATAU PILING DULU BARU BINA BANGUNAN?

Prasekolah Jepun ialah sekolah "main". Anak-anak Jepun tidak diajarkan akademik sehingga mereka masuk ke umur 7 tahun. Hanya sebahagian kecil menghantar anak mereka untuk pendidikan swasta seperti ke Kumon. Di sana, mereka belajar akademik. 

Jika tidak, prasekolah digunakan untuk menanamkan jatidiri, disiplin, pergaulan, kesenian, bermain, menternak arnab, berenang, melukis.

Apabila mereka masuk ke sekolah rendah, mereka sudah bersedia mentalnya untuk belajar lebih serius. Seperti pendidikan di Warga Prihatin yang pernah saya tuliskan sebelum ini…sehingga umur 7 tahun, hanya penerapan akhlak sebagai pasak jatidiri anak-anak. Masuk sekolah rendah, sudah tidak susah lagi. Cabarannya, orang selalu tanya anak kita dah pandai membaca ke belum. Kena tahan sikit telinga.

Umpama membina menara berkembar Petronas. 1 ke 2 tahun pertama, kita hanya nampak pagar kawasan pembinaan sahaja dari luar. Tak nampak lagipun bangunannya. Itulah fasa FOUNDATION dan kemudian, setelah fasa foundation itu SIAP dan KUAT, bangunan boleh dinaikkan dengan yakin dan kukuh.

Adakah anak anda begitu? Atau anda bina bangunan tinggi tetapi pasaknya anda pasang kemudian?

SAIFUL NANG
Che'gu Disiplin
MRSM Puchong Jaya






Februari 14, 2014

Cara memegang pensil dengan betul


Latihan menulis peringkat permulaan untuk kanak-kanak atau murid hendaklah menggunakan pensil atau krayon. Terdapat beberapa cara dan latihan untuk mengajar kanak-kanak atau murid memegang pensil. 

Contohnya adalah seperti berikut:

CARA 1

1. Murid diminta mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukan setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.



3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.

CARA 2






CARA #3

Cara memegang alat tulis yang betul adalah seperti berikut:

Pegang alat tulis antara ibu jari (2) dan jari penunjuk (3) menghala ke hulung alat tulis, dengan meletakkan alat tulis di atas jari tengah (1) (ada orang menyebut jari hantu), jari manis dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan.



Kedudukan buku atau kertas yang betul semasa menulis




Kredit to :

http://cikguhijau.blogspot.com/2014/02/cara-dan-latihan-memegang-pensel-untuk.html

September 14, 2013

Pelan Lantai Kelas Prasekolah



Actually ni pelan lantai asal yang eela cuba reka if suatu hari nanti tercapai nak ada kindergarden sendiri, macam ni la design nya mungkin :) insyaallah...teringin nak dapat kindergarden macam kat oversea..coz eela rasa bangunan prasekolah yang ada sekarang dah tak releven and harus di ubah. 

Pelan lantai ke-2 ni Eela just  ubah dari kelas asal and try letakkan apa yang sepatutnya ada tapi still takde kat bangunan kelas eela. 

Thanksgiving to the Floor Planner coz membuka ruang untuk eela ambil clipart yang comel2 untuk eela sempurnakan pelan lantai ni walau taklah secantik mana.


* Nota : Pelan ni sebenarnya tugasan Eela untuk subjek PRA3110

September 01, 2013

Keistimewaan Prasekolah Aulad Bestari SK Jengka 11


Logo Prasekolah Aulad Bestari
Visi dan Misi




Kenapa memilih Prasekolah Aulad Bestari?
  • Mempunyai guru dan pembantu pengurusan murid yang berpengalaman serta komited dengan pendidikan awal kanak-kanak.
  • Mempunyai Guru Agama didatangkan khas dari opsyen Pendidikan Islam. 
  • Menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
  • Penggunaan Easy Reader Programme.
  • Melaksanakan Program 1 Hari 1 Huruf.
  • Menjalankan Program 5 minit bersama Adik Bijak.
  • Membuat pentaksiran terhadap murid berdasarkan Program Kajian Kembara Prasekolah.
  • Sentiasa melibatkan murid dengan aktiviti dan setiap majlis yang diadakan di peringkat sekolah.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang berlandaskan menu yang telah ditetapkan.
  • Mempunya kelas yang selesa dan ceria dimana Prasekolah Aulad Bestari merupakan salah satu  prasekolah penanda aras dalam Negeri Pahang kerana dekorasinya yang menarik dan pengurusannya yang baik. 
  • Pembelajaran percuma dan tiada yuran bulanan.
Apakah syarat-syarat kemasukan ke Prasekolah Aulad Bestari?

Keutamaan diberi kepada :
  • Warganegara Malaysia.
  • Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.
  • Ibubapa/penjaga yang berpendapatan rendah
Apakah KSPK?

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut :

1- Membina kecergasan badan.
2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6- Mempunyai kematangan emosi.
7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
12- Mengamalkan nilai-nilai murni.
13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.
15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.
18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Mata pelajaran yang ditawarkan di bawah Prasekolah Aulad Bestari memenuhi keperluan kurikulum prasekolah diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antara matapelajaran yang akan di ajar adalah seperti rajah di bawah:



Bagaimana Program 5 minit bersama Adik Bijak dilaksanakan?

Adik Bijak merupakan buku baca yang dihasilkan oleh guru Prasekolah Aulad Bestari sendiri iaitu Pn Wan Rahilah bt Wan Abdullah dimana beliau telah mengkaji kesesuaian buku tersebut dengan tahap kanak-kanak prasekolah. Terdapat 3 set Buku Adik Bijak  yang mana   kami  akan agihkan kepada setiap murid secara berperingkat mengikut tahap kemampuan mereka.

Guru akan meluangkan masa selama 5 minit untuk bersama dengan setiap murid bagi mendengar bacaan masing-masing menggunakan buku Adik Bijak dan setiap bacaan akan direkodkan. Buku tersebut akan ditanda dan murid dikehendaki membawa pulang ke rumah supaya pembelajaran ini berterusan. 
Hasil setelah 5 tahun menggunakan program ini ternyata ianya berkesan dan murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.




Apakah yang dinamakan Program Kajian Kembara Prasekolah (Kemahiran Membaca, Menulis, Mengira)

Program ini dijalankan secara berperingkat dan segala apa yang ingin dinilai terdapat dalam modul seperti di bawah.Modul ini dijadikan sebagai rujukun  instrumen pentaksiran prasekolah dimana guru dapat melihat perkembangan murid setiap masa dan membantu murid-murid yang lemah.




Bagaimana Program 1 Hari 1 Huruf dijalankan?
Klik disini  untuk mengetahui secara menyeluruh bagaimana program ini dijalankan.



Jadual Waktu Prasekolah Aulad Bestari



Iqrar as Genius Aulad




Beginilah kami di Prasekolah Aulad Bestari !
"Learning  is always fun and meaningful "










Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/