Pengikut

Februari 06, 2010

LANDSKAP DAN PERKEBUNAN PRASEKOLAH

Rajin sungguh kalau buat aktiviti luar..seronok agaknya dapat main dengan tanah.
Subur betul!! emm..ni dah boleh masak ni..
Comel tak watermelon nie..tapi sayang, hidupnya x lama..malu agaknya nak membesar..asyik kena tegur dgn cikgu2 yang lalu  lalang..
Ini tanaman jagung..waktu pokok ni betul-betul dah matang, tiba-tiba jagungnya dah kena curi..siapala yang punya angkara tu yek..
Inilah dia..menyahut cabaran PPD dalam Pertandingan Landskap dan Pekebunan..

Assalamualaikum..
Apa yang saya paparkan di atas tu adalah usaha En Hanafi (PRA N1), saya,PPM,  pekerja2 swasta serta tak lupa pada guru-guru yang terlibat...Kebanyakan sayur yang ditanam tu pun pekerja swasta yang lakukan, tangan mereka membuatkan tanaman tu hidup subur..Kalau saya yang tanam, hanya separuh jalan je..lepas tu semua pokok tu akn jd  hidup segan, mati tak mahu...
Sebenarnya saya memang sukakan tanaman, cuma kadang-kadang saya tak sempat untuk menabur bakti pada tanah..tambah pula dengan adanya KSPK nie..hanya berkurung dalam kelas menyiapkan RPH, BBM dan Folio Murid..
Projek tahun ni nak siapkan kolam yang terbengkalai kat depan kelas tu..Cik Napi sorang je yang buat..dia pun tak brapa sihat..Harap-harap dapatlah siapkan..



Februari 04, 2010

KOLAJ

Kolaj gulungan kertas warna ini adalah hasil kreativiti murid dan saya jadikan ia untuk keceriaan kelas..Cikgu cuma touch up sikit-sikit je..Senang bukan..Tak perlulah semua keceriaan cikgu dan ppm yang nak buat..tampal sahaja hasil kerja murid..Walaupun tak sempurna tapi ianya amat berharga..

Februari 03, 2010

PUNCTUAL CARD


Salam..
Ini adalah punctual card murid-murid saya..Siapa yang datang dulu dia akan punch card hurufnya pada mounting board nie..Jd, cikgu x pyh susah-susah nak lihat siapa yg tak hadir pada hari tersebut, tgk je pada punctual card dah tau siapa yang tak hadir.
Idea ni saya ambil ketika Lawatan Penanda Aras ke SK Jaya Gading, Kuantan..Cikgu-cikgu bolehla cuba!

Februari 02, 2010

POKOK HURUF KONSONAN

Warnakan pokoknya..

Warnakan huruf konsonan sahaja!

Gunting dan tampalkan huruf konsonan pada pokok yang telah siap diwarnakan.

Dah siap pun..Inilah hasil kerja kami..

Murid-murid semua seronok membuat kerja ni kerana ia adalah kerja secara berpasangan..Masing-masing menunjukkan komitmen kerjasama yang tinggi..Kebetulan apabila saya link ke blog Kak Sarifah, aktivitinya lebih kurang sama seperti aktiviti di atas. Cuma huruf-hurufnya diambil dari surat khabar. Jadi, terpulanglah pada kreativiti cikgu untuk menghasilkan hurufnya sama ada dari surat khabar, majalah, print out atau sebagainya.

Februari 01, 2010

BLOG YANG CANTIK-CANTIK

Assalamualaikum...
Letih rasanya nak jadikan blog ni betul-betul sempurna...Sebenarnya, ini adalah hari yang ke enam kelahiran blog ni..Saya teruja melihat blog-blog dari prasekolah lain yang semuanya cantik-cantik belaka dan penuh dengan ilmu yang berguna untuk dikongsi..Kebetulan sekolah saya baru menerima seorang Fasilitator schoolnet yang bertanggungjawab memudahkan kerja guru dalam bidang ICT. Apalagi, peluang inilah saya minta Pn Siti Nurul Iman mengajar saya bagaimana untuk membuat blog..Alhamdulillah,  setelah mengadap laptop tak kira siang dan malam akhirnya inilah hasilnya walaupun masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.

Inilah dia Pn Siti Nurul Iman, orang yang banyak membantu saya untuk bina blog ini.
Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/