Pengikut

Ogos 20, 2010

Anugerah Emas:: CEPAT BACA

Assalamualaikum...
Saya tertarik dengan laman web ANAKKU SOLEH yang baru saya ziarah tadi coz banyak juga idea n ilmu yang boleh kita cedok dan jadikan panduan. Jalan punya jalan, terjumpa pula dengan kaedah yang dibawah nie..perhargaan untuk si cilik kita..
bagus jugak idea nie kan...apa salahnya kita buat satu sijil untuk mereka yang telah berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang cikgu ajar...Mesti mereka seronok!..sebenarnye sijil nie saya olah daripada idea untuk puasa penuh sebulan yang akan diberikan pada anak kita.

Contoh sijil di bawah nie adalah untuk mereka yang telah tamat FOLIO BACA dan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar..
Saya pula yang sebenarnya tak sabar nak lihat reaksi mereka bila dapat ''Anugerah'' nie..
Cara ni juga boleh menaikkan semangat rakan-rakan yang lain untuk terus usaha membaca hingga lancar...
Alhamdulillah, tahun nie pencapaian yang dah boleh membaca agak meningkat daripada tahun sebelumnya..Maybe, desakan membina daripada sekeliling membuatkan saya terpaksa melipatgandakan usaha saya..tapi, saya still frust dengan 3 orang murid yg masih gagal capai ditahap sepatutnya..tak tahulah mana silapnye..


Anak didik cikgu yang dahpun tamat folio baca 1 & 2
setakat hari ini:
Zharif Aiman, Sarah Alya Nafiesha, Nurul Hadirah, Dini Nur Balqis, Mariatul Qittiyah,Wan Ahmad Nur Izz, Nurin Fathin Farhana, Atiqah Ayuni, Harith Najmi, Arif Haikal

Folio Baca 2:
Hanis Farissa, Alif Aiman, Raziq Hanif, Alyaa Ismahlyana, Rifaa Aiman, Danial Khalis, Aiman Husaini, Adwa

yang masih Folio Baca 1:
Aiman, Alyaa Balqish, Nazrul Haqeem, Nuraina, Iqbal, Fahmi, Faris

Ogos 17, 2010

Poster Merdeka

Salam 1Malaysia....Salam Muhibbah...
Poster di bawah nie saja suka-suka saya reka sendiri...so, kalau ada yang tak kena, minta maaflah banyak-banyak..tapi, bolehlah kalau untuk compitition mewarna prasekolah sempena bulan kemerdekaan nie..saya pun tak pandai sangat nak edit gambar-gambar nie coz dah puas cari lambang-lambang kemerdekaan kat internet nie untuk versi line drawing..tapi tak juga jumpa...belum expert lagi...

This is special to KAK MAH from Pasir Mas, Kelantan.








Ogos 16, 2010

Lapbook Bulan Merdeka ::

Assalamualaikum...
Lapbook nie baru saja saya hasilkan untuk ajar anak-anak saya sempena Bulan Kemerdekaan nie..Antara yang terkandung dalam lapbook nie ialah nama dan gambar Perdana-Perdana Menteri di Malaysia, Rukun Negara, Bendera-bendera Negeri, Lirik lagu Tanggal 31 Ogos dan makna warna bendera Malaysia..




Ogos 14, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi.
Transformasi di sini membawa maksud berlakunya proses perubahan hasil inovasi yang bakal memberikan faedah kepada rakyat dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak terpuji.
“Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah pembinaan masyarakat dan negara yang dinamik."
Oleh itu, untuk menjayakan  aspirasi kerajaan, kita perlu ada kesediaan serta keberanian untuk berubah ke tahap yang lebih baik.


Nantikan poster Hari Kemerdekaan!!!

Pertukaran Guru Besar diluar jangkaan :(


Warga SKJ11 masih tidak dapat melupakan saat-saat manis bersama Mantan Guru Besar En Jamal Noor Abd Nasir bin Ismail yang juga Pengerusi Prasekolah Zon Jengka yang telahpun bertukar ke SK LKTP Ulu Jempol pada 9 Ogos yang lalu. Beliau  hanya sempat bersama kami selama 9 bulan sahaja tetapi terapi jiwa yang kami perolehi daripadanya seolah-olah beliau telah berada di SKJ11 selama 9 tahun lamanya..Beliau seorang yang begitu komited dengan kerja dan banyak mengajar kami bagaimana untuk menghargai perhubungan yang erat antara majikan dan guru, guru dengan guru dan guru dan murid...Semoga cikgu gembira dan bahagia dengan sekolah yang baru..
Saya dan warga parasekolah juga mendoakan yang terbaik buat cikgu kerana perginya cikgu dari SKJ11 memang tidak dijangka dan tiada hilang gantinya..

GAMBAR KENANGAN BERSAMA MANTAN GB DAN GB BARU!!

Bersama warga pendidik SK LKTP Jengka 11

Bergambar ketika sesi fotografi graduasi murid prasekolah SK LKTP Jengka 11
(dari kanan Guru Besar En Thirmizir dan Mantan Guru Besar En Jamal Noor Abd Nasir)


Selamat datang diucapkan kepada Guru Besar baru, En Ahmad Thirmizir bin M. Hashim yang dulunya berkhidmat sebagai Guru Besar di SK LKTP Jengka 16.
Kami warga prasekolah SKJ11 mengalu-alukan kedatangan cikgu dan semoga cikgu sentiasa dapat membimbing kami.


Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/