Pengikut

September 19, 2010

Craft :: Boneka Pekerjaan: Kenali Tugas Mereka!!


Jom minta murid hasilkan boneka ini untuk tema PEKERJAAN..


Langkah 1:
Print karekter pekerjaan disini



Langkah 2:
Warnakan karekter pekerjaan yang telah di print.



Langkah 3:
Gunting setiap karekter yang telah diwarnakan.


Langkah 4:
Lekatkan setiap karekter pada stick atau jika tiada
guna lidi penyucuk sate.


Langkah 5:
Setelah gam kering, gunakan
puppet ini untuk mengenal setiap pekerjaan dan tugas mereka kepada masyarakat.

September 04, 2010

Raya !!..Raya !!.. Raya !!...

Assalamualaikum....
Esok dah mule cuti..mesti dah tak sabar-sabar nak balik kampungkan....ade jugak yang tengah sibuk buat kuih raye....yang sedihnye ade lagi yang tercari-cari baju raya...hehehe.......
Cikgu Eela and warga Prasekolah Semaian Subur nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua follower blog nie....
Moga Raya kali ni akan lebih bermakna dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT....

Cikgu Eela nak stop berblogging coz nak bagi laluan untuk berhari raya....Jumpa lagi lepas raya nanti dengan cerita-cerita baru!!!
Anak-anak semua tolong jaga keselamatan ya!!!


::SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI ::


Pic kat bawah nie peristiwa sebelum bermulanye cuti sekolah tadi....


Yeaaa!!!!...kami semua dapat duit raya......



September 01, 2010

Tahniah Anak-Anakku!!!

Tahniah kepada Adik Hadirah and Adik Nur Izz coz dah berjaya tamatkan buku FOLIO BACA dan dah dapat membaca dengan lancar....So, cikgu hadiahkan kamu penanda buku dan juga sijil...Moga kamu terus rajin dan rajin membaca...Sebenarnya minggu lepas dah ada 9 orang yang cikgu bagi sijil n penanda buku nie...Cikgu Eela lupa sangat nak snap coz tiba2 GB masuk ke kelas nak bagitau nak cerap cikgu Eela...huhuhu...terus dah tak ingat nak snap lagi...
Memang diorang seronok betul..Tambah lagi adik Nur Izz nie bila cikgu cakap cikgu gantung dulu sijil n penanda buku nie coz Nur Izz still x lancar lagi bila baca buku cerita...Lepas dari hari tu..tiap-tiap hari nak suruh cikgu dengar dia baca..
Akhirnya cikgu bagi jugakla cenderahati dia coz dia begitu bersungguh-sungguh..dia dah boleh baca..cuma perkataan yang terlalu susah sangat je dia agak lambat sikit...contohnya terbengkalai, mengandungi...lebih kurang perkataan yang macam tula...
Adik Hadirah nie sememangnya dah boleh membaca dengan lancar..Minggu lepas dia tak datang..terpaksa pospone ke minggu nie.. TAHNIAH UNTUK SEMUA YANG BERJAYA!!
Murid-murid yang lain tu semua teringin nakkan penanda buku nie...Cikgu Eela pesan, kalau nak jugak..kenala usaha lebih sikit..banyakkan baca buku masa dekat rumah....tak bolehla malas-malas kan!!!






Comelkan template nie ...
boleh juga kalau anda pun nak copy...

Big Book: Esok Hari Raya!

Assalamualaikum..
Dah dua tahunpun umur big book nie..dah tiba time nak raya nie..sesuai jugakkan cerita kat budak-budak..Seingat saya idea nie datang masa pergi kursus prasekolah 2 tahun lepas..Balik dari tu terus bersemangat nak buat big book sendiri..hehehe...
Alhamdulillah big book nie masih boleh digunakan..






Tugasan untuk murid ::
buat STORY LINE

contohnya macam nie....



Ogos 30, 2010

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2011

Tarikh : 10 Ogos 2010
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Gerakan SK Jengka 11
Masa : 9.00 pagi


Jemputan :
Tuan Guru Besar,GPK 1, GPK Hem, GPK Ko, Guru Prasekolah, Guru Tahun 1, Guru Pendidikan Islam, YDP PIBG, NYDP PIBG, Pengerusi JKKR Jengka 11 dan Pengerusi Permuafakatan Prasekolah.

Seramai 41 orang kanak-kanak berumur 6 tahun semuanya telah memohon untuk memasuki ke Kelas Prasekolah Semaian Subur bagi sesi 2011. Kami terpaksa meneliti betul-betul latarbelakang murid dengan bantuan Ketua JKKR dan Cikgu Norhayati, Guru Tahun 1 yang merupakan anak tempatan Jengka 11 yang lebih arif dan kenal dengan setiap penduduk di sini.

Alhamdulillah, semuanya dahpun selesai dan harap-harap tiadalah perkara berbangkit lagi pada ibubapa yang anaknya tidak berjaya untuk masuk ke kelas prasekolah. Serba salah dibuatnya..Tapi, kami hanya memerlukan 25 orang sahaja!!
Insyaallah...prasekolah SKJ11 akan dapat perluasan 1 lagi kelas untuk tahun 2012. lepas nie..yang 5 tahun pun boleh mohon  (^o^) ..







Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/