Kali nie I nak entry berkaitan seperti tajuk di ataslah...Terlebih-lebih dulu I nak bagitau, ini bukanlah hasil kerja I coz kenal garis huruf ni adalah salah satu Program Riang Ria Bersama Abjad yang telah dihasilkan oleh Pn Anita bt Otman. Beliau ni merupakan Johan Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan pada Tahun 2008 mewakili negeri Pahang *wah..skema jek ayat I...yelah mahunye tak..skali Kak Nita SU I baru padan muka I..but, I dah minta kebenaran dari dia untuk entry Inovasi yang dia buat nie..yang I entry ni cuma sesuku je..tp kalau u all suka you all boleh jumpa Kak Nita disini and boleh tanya lebih lanjut tentang kaedah yang dia hasilkan nie...(tolong promote kot2 dpt 50%pun jadila..hahahah..melampaukan, nanti kak nita cangkul kepala I baru taw)
Awal2 bulan nie memang elok sangatlah nak ajar budak cara menulis huruf dengan betul...I dah cuba tau, diaorang memang cepat hafal dengan lagu garis huruf nie..lepas tu kalau nakkan bahan dia u all bolehlah ke fb Kak Nita yer..alah guna je duit LPBT tu...bagus untuk budak yang baru nak belajar kenal huruf..
Ini carta penuh bentuk garis huruf..dan yang kat bawah ni I sediakan lagunya
Bulan sabit, bulan sabit, bulan sabit cantik
Ada satu, ada satu, ada satu pendek
Tiang lampu, tiang lampu, tiang lampu tinggi
Tongkat atuk, tongkat atuk, tongkat atuk bengkok
Ada tujuh, ada tujuh, ada tujuh pendek
Gunting patah, gunting patah, gunting patah tumpul
Tolak tepi, tolak tepi, tolak tepi sana
Mata kail, mata kail, mata kail pancing
Perut buncit, perut buncit, perut buncit besar
ekor tupai, ekor tupai, ekor tupai pendek
Serong sikit, serong sikit, serong sikit saja
Condong sikit, condong sikit, condong sikit saja
Tahi lalat, tahi lalat, tahi lalat hitam (i ubah sikit lirik titik ni pada tahi lalat)
Ada gelas, ada gelas, ada gelas kosong
.
.
.
.
Eh..kejap..kejap..perasan tak I takde gambar condong sikit n tahi lalat kan...Puas I geledah almari I tapi tak jumpa..yang jumpa hanya tahi lalat kat bawah dagu I sahaja (xde kena mengenapun nak cerita...huh..)
Yang gambar2 n bentuk garis tu I lukis sendiri..sebab tu x cantik..jangan kutuk tau..Kalau nak yang real punya..Tanyalah Kak Nita (dah macam program TV Anita Sarawak pulak)
Yang gambar2 n bentuk garis tu I lukis sendiri..sebab tu x cantik..jangan kutuk tau..Kalau nak yang real punya..Tanyalah Kak Nita (dah macam program TV Anita Sarawak pulak)
Ini lagu hasil dari cantuman garis yang akan menjadi huruf..kalau nak tau rentak lagu ni camana jangan lupa on9 ngan Kak Nita tau..bukan tanya I..hahahah..kedekutkan...yelah...ini hasil kerja orang..bukan I yang buat...Paham2la yek...I cuma nak berkongsi minda n nak bukakan minda sahaja!!
Pn Anita Othman
JU Prasekolah Negeri Pahang
Pn Anita Othman
JU Prasekolah Negeri Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan