Logo Prasekolah Aulad Bestari
Visi dan Misi
Kenapa memilih Prasekolah Aulad Bestari?
- Mempunyai guru dan pembantu pengurusan murid yang berpengalaman serta komited dengan pendidikan awal kanak-kanak.
- Mempunyai Guru Agama didatangkan khas dari opsyen Pendidikan Islam.
- Menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
- Penggunaan Easy Reader Programme.
- Melaksanakan Program 1 Hari 1 Huruf.
- Menjalankan Program 5 minit bersama Adik Bijak.
- Membuat pentaksiran terhadap murid berdasarkan Program Kajian Kembara Prasekolah.
- Sentiasa melibatkan murid dengan aktiviti dan setiap majlis yang diadakan di peringkat sekolah.
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang berlandaskan menu yang telah ditetapkan.
- Mempunya kelas yang selesa dan ceria dimana Prasekolah Aulad Bestari merupakan salah satu prasekolah penanda aras dalam Negeri Pahang kerana dekorasinya yang menarik dan pengurusannya yang baik.
- Pembelajaran percuma dan tiada yuran bulanan.
Apakah syarat-syarat kemasukan ke Prasekolah Aulad Bestari?
Keutamaan diberi kepada :
- Warganegara Malaysia.
- Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.
- Ibubapa/penjaga yang berpendapatan rendah
Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial,
intelek dan rohani seperti berikut :
1- Membina kecergasan badan.
2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6- Mempunyai kematangan emosi.
7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
12- Mengamalkan nilai-nilai murni.
13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.
15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.
18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Mata pelajaran yang ditawarkan di bawah
Prasekolah Aulad Bestari memenuhi keperluan kurikulum prasekolah diterbitkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antara matapelajaran yang akan di
ajar adalah seperti rajah di bawah:
Bagaimana Program 5 minit bersama Adik Bijak dilaksanakan?
Adik Bijak merupakan buku baca yang dihasilkan oleh guru Prasekolah Aulad Bestari sendiri iaitu Pn Wan Rahilah bt Wan Abdullah dimana beliau telah mengkaji kesesuaian buku tersebut dengan tahap kanak-kanak prasekolah. Terdapat 3 set Buku Adik Bijak yang mana kami akan agihkan kepada setiap murid secara berperingkat mengikut tahap kemampuan mereka.
Guru akan meluangkan masa selama 5 minit untuk bersama dengan setiap murid bagi mendengar bacaan masing-masing menggunakan buku Adik Bijak dan setiap bacaan akan direkodkan. Buku tersebut akan ditanda dan murid dikehendaki membawa pulang ke rumah supaya pembelajaran ini berterusan.
Hasil setelah 5 tahun menggunakan program ini ternyata ianya berkesan dan murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Apakah yang dinamakan Program Kajian Kembara Prasekolah (Kemahiran Membaca, Menulis, Mengira)
Program ini dijalankan secara berperingkat dan segala apa yang ingin dinilai terdapat dalam modul seperti di bawah.Modul ini dijadikan sebagai rujukun instrumen pentaksiran prasekolah dimana guru dapat melihat perkembangan murid setiap masa dan membantu murid-murid yang lemah.
Apakah yang dinamakan Program Kajian Kembara Prasekolah (Kemahiran Membaca, Menulis, Mengira)
Program ini dijalankan secara berperingkat dan segala apa yang ingin dinilai terdapat dalam modul seperti di bawah.Modul ini dijadikan sebagai rujukun instrumen pentaksiran prasekolah dimana guru dapat melihat perkembangan murid setiap masa dan membantu murid-murid yang lemah.
Bagaimana Program 1 Hari 1 Huruf dijalankan?
Klik disini untuk mengetahui secara menyeluruh bagaimana program ini dijalankan.
Klik disini untuk mengetahui secara menyeluruh bagaimana program ini dijalankan.
Beginilah kami di Prasekolah Aulad Bestari !
"Learning is always fun and meaningful "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan