Pengikut

Januari 14, 2011

Kemahiran menulis: 2 minggu di prasekolah

Kejap je rasa dahpun berlalu minggu kedua sekolah...I sampai dah tersengguk-sengguk menunggu semua pic kat bawah ni di upload..ntah nape, line celcom mlm nie macam nak kena sumpah je dari I..dulu ok, laju macam streamix..sejak 2menjak nie..buat hal plak lembab macam siput..time nak upload gambar je..mulalah sesi bercinta..huh....
*omel lagi..baru jer berazam dah taknak omel banyak2..Teringat pulak kisah pagi tadi tetiba masuk kelas tgk kerusi pusing I tu rendah semacam jek..selalu tinggi..tengah omel2 ngan PPM.. suruh dia betulkan, PPM I tanya ~camana boleh rendah..I cakap  taktaulah datang2 tgk memang dah rendah..semalam ok je* dlm ati, ni mesti keje anak dia jugak..huhuhu...
tetiba I dengar satu suara nih :: Cikgu berat..tula sebab kusi tu jadi camtu::
emm..betul jugak cakap awak tukan..agak2 berapa insuran yang mak awak bayar untuk mulut awak tu???*tambah sendiri...
Tulah dia..budak sekarang..cakap tu dah tak payah ditapis-tapis...bila di pikir balik..kelakarkan ....
Hehehe..cerita di atas memang xde kena mengena langsung dengan tajuk n gambar di bawah...

Aktiviti kat atas nie bertujuan untuk melembutkan jejari n menguasai koordinasi mata-tangan..

Buku garis tiga ni  I bagi pada setiap orang. untuk permulaan nie..I mulakan dulu dengan membentuk garis huruf..rupa2nya ramai lagi yang tak boleh menulis...walhalnya dah setahun diorang ni dok kat tadika...frust jugakkan..agak2 diaorang x pernah menulis ke??..confuse!!!!...



Sori la yek...dah puas I rotate pic ni tapi bila select tetap jadi cam ni jugak..so u all kene sengetkan ke kiri kepala u all untuk dapatkan bentuk yang tepat..exercise...

Emm..English I memang suam2 suku..tapi  I gagahkan jugakla ajar diorang dengan penuh confident skali...Tanpa rasa ada perasaan macam salahpun walaupun I tau kadang2 broken I memang tuggang langgang..
See!!!..tunggang langgang kan....




Hari ni baru bermulanya murid kenal, sebut, bunyikan n tulis huruf 'a'


Tulis aje banyak2 huruf a ok!!!...sapa xleh buat, teacher kerat ketuk jari dia..
*kejamkan...ish..kadang2, I gigit je telinga diaorang tau..seram x..seram x...

Jadi cikgu kena banyak sabarrrrrrr...


Januari 12, 2011

Labu 3D::Craft ~

Entry kali niepun I still nak menglemerkan hasil kerja orang lain jugak....tapi memang comel kraf labu nie..tryla you all buat..selain boleh makan, labu nie boleh hias kelas n buat bbm kat kelas jugak..hehehe...rajin-rajin kanlah diri you all coz I sekarang nie memang dah kurang rajin..but still cuba mengusahakan diri untuk bangkit dari malas2...
layan aje step nak buat labu 3D nie kat bawah ek...dah mls nak tulis2..u all tgk pun u all msti dah tau nak buat camanekan!!!








 


Januari 08, 2011

Cantik kelas nie....

1st...Thanks Cikgu Rynn coz membenarkan Cikgu Eela mencedok gambar dr fb nye untuk Cikgu Eela kongsikan pada u all semua...Kerja I sekarang ni menglemerkan hasil2 kerja org lain*bkn diri sendiri..so, sape2 yang nak tumpang glemer jugak jgn lupa pm I kat FB ya!..grenti I akan entry kat blog I, yang penting sakali ianya menarik (mcm pengujung 1000 sehari je..nyampah)..ok..taknak omel lagi..

Haa...yang u all tengok gambar kat bwh nie merupakan kelas prasekolah SK Keratong 3 negeri PAHANG ok...comelkan..kelas I pun x sehebat kelas Cikgu Rynn..nampak tak gerai kat bawah nie..macam misi yang I entry baru2 ni jekan..Sape tiru sape nih?..of coursela I yang tukang tiru...hehehehe..

Kepada cikgu2 yang baru posting and yang baru ngajar prasekolah tp still buntu tu..bolehla cedok2 idea kat sini untuk hias kelas u all!!









v
v
v
v
v
v
v

Cikgu Rynn...
*dah terang2 dakat pic  tupun ada tulis nama dia..memang confem i xtipu punya..Memang kelas yang u all tengok tu kepunyaan Cikgu Rynn...sangat kretif orangnya secomel wajahnye
(wah, apela yang rynn nak bagi kat i..i xnak apepun, I nak ryn dtg tolong hias kelas i pulak..hahahaha..sanggup ke?)


Januari 06, 2011

Kenal Garis Huruf

Assalamualaikum..
Kali nie I nak entry berkaitan seperti tajuk di ataslah...Terlebih-lebih dulu I nak bagitau, ini bukanlah hasil kerja I coz kenal garis huruf ni adalah salah satu Program Riang Ria Bersama Abjad yang telah dihasilkan oleh Pn Anita bt Otman. Beliau ni merupakan Johan Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan pada Tahun 2008 mewakili negeri Pahang *wah..skema jek ayat I...yelah mahunye tak..skali Kak Nita SU I baru padan muka I..but, I dah minta kebenaran dari dia untuk entry Inovasi yang dia buat nie..yang I entry ni cuma sesuku je..tp kalau u all suka you all boleh jumpa Kak Nita disini and boleh tanya lebih lanjut tentang kaedah yang dia hasilkan nie...(tolong promote kot2 dpt 50%pun jadila..hahahah..melampaukan, nanti kak nita cangkul kepala I baru taw)

Awal2 bulan nie memang elok sangatlah nak ajar budak cara menulis huruf dengan betul...I dah cuba tau, diaorang memang cepat hafal dengan lagu garis huruf nie..lepas tu kalau nakkan bahan dia u all bolehlah ke fb Kak Nita yer..alah guna je duit LPBT tu...bagus untuk budak yang baru nak belajar kenal  huruf..


Ini carta penuh bentuk garis huruf..dan yang kat bawah ni  I sediakan lagunya


 Bulan sabit, bulan sabit, bulan sabit cantik
Ada satu, ada satu, ada satu pendek

 
 Tiang lampu, tiang lampu, tiang lampu tinggi
Tongkat atuk, tongkat atuk, tongkat atuk bengkok

Ada tujuh, ada tujuh, ada tujuh pendek
Gunting patah, gunting patah, gunting patah tumpul

 Tolak tepi, tolak tepi, tolak tepi sana
Mata kail, mata kail, mata kail pancing

 Perut buncit, perut buncit, perut buncit besar
ekor tupai, ekor tupai, ekor tupai pendek
 
 Serong sikit, serong sikit, serong sikit saja
Condong sikit, condong sikit, condong sikit saja
Tahi lalat, tahi lalat, tahi lalat hitam (i ubah sikit lirik titik ni pada tahi lalat)
Ada gelas, ada gelas, ada gelas kosong

.
.
.
.
Eh..kejap..kejap..perasan tak I takde gambar condong sikit n tahi lalat kan...Puas I geledah almari I tapi tak jumpa..yang jumpa hanya tahi lalat kat bawah dagu I sahaja (xde kena mengenapun nak cerita...huh..)
Yang gambar2 n bentuk garis tu I lukis sendiri..sebab tu x cantik..jangan kutuk tau..Kalau nak yang real punya..Tanyalah Kak Nita (dah macam program TV Anita Sarawak pulak)


 Ini lagu hasil dari cantuman garis yang akan menjadi huruf..kalau nak tau rentak lagu ni camana jangan lupa on9 ngan  Kak Nita tau..bukan tanya I..hahahah..kedekutkan...yelah...ini hasil kerja orang..bukan I yang buat...Paham2la yek...I cuma nak berkongsi minda n nak bukakan minda sahaja!!

 Pn Anita Othman
JU Prasekolah Negeri Pahang



Januari 03, 2011

1st Day Masuk Prasekolah::

Hari nie first day masuk sekolah...alhamdulillah anak2 I hari nie takda sorangpun yang buat hal...Cuma Mai Salamah (suka nama dia n nama dia mula2 yang I ingat) sorang je yang pada mulanye macam nangis nak kena tinggal setahun je dengan mak dia..but bila mak dia balik, ok la pulak...sebelum nie memang dia x pernah pergi tadika langsung...normal la kan budak2...yang terkencing dalam seluarpun mujur xde..tp taktaula pulak tiba esok lusa diaorang dah lupa psn mak ayah diaorg..I tau sangatla dari diorang mandi, makan,pakai baju..maknya mesti asyik mencecer je pesan tak abis2 "nak kencing cakap kat cikgu"...siap bagi ayat plak tu macam mana cara nak cakap kat cikgu..hahahaha
(berlaku pada diri sendiri ni bile firstime si kembar I masuk pra ari nie..tapi bukan pra I..but pra di SK Kuala Sentol)..
Hari nie aktivitinya just berkenal-kenalan...Budak I tahun ni 18 orang jer perempuan..yang 7 orang lagi tu semua nye lelaki (betul ke ayat I nih???....
macam best jekan..macam kelas I nanti semuanya mendengar kata jer...but, I pernah merasa dah dengan bil murid camnie..natijahnye..sama sahaja..perempuan nie, kalau dah ramai..perangaipun lain jadinye...
apapun I bersyukurlakan coz kls I tiap2 tahun full...
Tiba I nak bangun dari kerusi untuk mula sesi mengomel, datang lagi sorang parent ni merayu kot2 I boleh masukkan anak dia lagi sorang coz anak dia nangis2 xnak pergi tadika...Muka dia macam tak puas hati jer kenapa anak dia x dapat masuk pra...tapi I tetap gagah berani menjawab semua soalan dia walau dalam ati ni sebenarnya agak kecut jugak...Apa yang I boleh buat...dah koatanya 25 jer..kalau tak anak I pun I angkut masuk kelas I jugak...Layan gambar kat bawah nie..

Bila baca kat facebook, ada yang berkenan ngan promosi banting and belon yang Cikgu Eela buat nie..Bkn apa..kadang2 kita kena tackle gak hati mak ayah yang antar anak dia pergi pra nie..Biar dia buat persepsi yang baik untuk kelas kita...barula naik saham kita..hehehe..

Welcome to PRASEKOLAH SEMAIAN SUBUR...
Kalau korang tak tanyapun I tetap nak bagitau jugak..banting ni harganya just RM20.00 only...


Muka semua macam ada yang tak kena jer..ha..yang pakai tudung hitam tu Mai Salamah...diaorang tengah tunggu turn tukar baju..

 Sedang tukar uniform...senang cikgu yang pakaikan..kalau bagi kat parent dia..confem ada yang komplen saiz kecikla..besorla...Nie bila cikgu yang dah sarungkan..parent kena redha jela yek...tukar-menukar tak akan dilayan lagi!!


Proses melembutkan jari jemari...

Frust jugak coz time aksi2 yang menarik jer langsung lupa nak snap...hari nie  memang hari yang sangat memenatkan...Memang macamtula 1st day sekolah..tanyala mana2 cikgu lainpun...sampai ada cikgu yang jadi makcik kantin pun ada...hahahaha...sapa latu!!!!
Good Night



blow-kiss
Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/