Kraf ini sesuai utk dijadikan thanksgiving atau boleh juga dihias di sudut-sudut kelas hasil kerja murid-murid cikgu..Insyaallah,untuk tema haiwan ternakan nanti saya akan entry aktiviti murid saya bersama kraf ini yang saya kira agak menarik juga...
Selamat mencuba!!!
BAHAN-BAHAN:
kertas bewarna-warni, gunting, gam dan pensil
LANGKAH-LANGKAH:
Print full white image tapak kaki ni..
Minta murid mngikut bentuk tangan mereka di atas kertas warna yang telah diberikan kepada murid.
Jadikan semuanya enam tapak tangan..
Gamkan image tapak kaki yang telah di print tadi supaya menjadi begini
Gunting kertas warna untuk hasilkan mulut dan kaki turkey ini
Gamkan tapak tangan yang telah siap digunting untuk dijadikan bulu si turkey ini..dan gam badannya sekali di atas bulu yang telah digam tadi..
Dah siappun !!!
Anda akan dapat lihat hasilnya nanti..dan jangan lupa minta murid anda tuliskan nama dan umur pada badan turkey tersebut sebagai menghargai penat lelah mereka menghasilkannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan