Pengikut

Memaparkan catatan dengan label diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari. Papar semua catatan

Januari 10, 2017

minggu orientasi prasekolah



  Minggu kenal kenal dengan kawan baru, kawan lama. Tak lupa minggu nak berkenalan dengan cikgu baik, cikgu cantik..hahhahaha.. ( nak jugak rasa cantik).
Aktiviti ni saya just print gambar haiwan-haiwan dalam 4 set (ayam, kucing, lembu, kambing). Kemudian saya agihkan pada anak-anak. Then saya minta mereka bunyikan suara haiwan berdasarkan gambar pada kertas yang mereka dapat. Masing -masing membentuk kumpulan setelah berjumpa dengan haiwan yang sama melalui suara haiwan yang dibunyikan. Simple jer.


Ehhh!!! ๐Ÿ‘€ ๐Ÿ˜

MINGGU ORIENTASI PRASEKOLAH


Cerita Minggu Lepas. Alahai manja cikgu.
Mula-mula adik selalu control abang. Adik selalu redakan abang. Tapi adik tak tahan godaan abang. Adik tertewas๐Ÿ˜‚ 
dua dua menangis. Tapi..tapi.. cikgu buka cerita Pada Zaman Dahulu terus goyang kaki tau..hahhaa..
macam-macam ragam..
ADAM HARRIEZ/ ADAM ASYRAFF

PUBLISH BAHAN SENDIRI



Harini saya berkongsi apa yang sy miliki... Gambar jejaka hensem di atas tu ialah Mr CK..dari Pustaka Saujana.. kebetulan sy ada order buku aktiviti prasekolah dari dia.  Sambil sambil tu sy leka memprint buku baca untuk budak2 saya. Terkedek kedek betulkan..hihihi..nk buat macam mana..dah lama niat nk publish tapi malas terlebih. Mr CK offer sy utk bantu sy publish buku buku tu coz dia tertarik dengan buku lembut lidah saya yang saya gunakan KAEDAH IMAGINASI VISUAL.. ok sy taknak story lebih coz masih awal.

Sy sedang berusaha untuk publish buku sy..doa2 sahabat amat sy perlukan untuk memudahkan perjalanan sy sebagai seorang pendidik yg nak berkongsi sedikit ilmu untuk anak2 kecil... INSHAALLAH..
.
.
RABBI YASSIR WALA TUA'SIR

Februari 17, 2015

Make a Dough

Serius, teruja giler dapat buat doh sendiri...hahaaha..cikgu sangat exited kalah anak murid...
maka terhasillah doh buatan sendiri dan dapat jugakla aulad menguli buat2 lembut jarinya  sikit untuk seminggu tu..resipinya memang senang sangat2 :

 RESEPI DOH
2 cawan tepung
2 cawan garam
pewarna merah kuning hijau
downy (nak bagi wangi)
air (agak-agaknya..masa isi letak sikit2 macam nak menguli karipap..agak dah lembut tak payah letak air lagi.














Minggu Orientasi

Ni bulan lepas punya cerita minggu orientasi..Tapi baru sempat nak up and share..seronokkan dapat main-main, nyanyi-nyanyi.. nak tackle aulad supaya tak nangis.. tak takut and seronok nak datang sekolah esoknya memangla cikgu kena ada anergy yang luar biasa..barula tak semput.. Cikgu kena cover emosi penat ke nak marah ke dan kena tunjukkan betapa kasihnya, baiknya, cerianya cikgu bila dengan mereka... Itula seronoknya mengajar budak kecik.. 

*Bila tiba waktunya..cikgu nak kalian ada di tempat cikgu..Cikgu takkan selamanya di sini dan kalianlah penggantinya..
mood sedih je titiba!




Ogos 17, 2014

Saya Cikgu Eela


LUAHAN HATI CIKGU EELA

Assalamualaikum..

Ye...saya Cikgu Eela...
Yang kamu semua rasa saya mahir dalam dunia kanak-kanak. Tapi tak.
Yang kamu semua rasa saya punya skill melebihi orang lain. Tapi tak.

8 tahun saya di kelas prasekolah. Saya rasa saya tak punya kekuatan lagi untuk saya terus berbakti pada anak-anak kecil. Kenapa?
Sebab saya sedang mencari-cari dimana harus saya ada sebenarnya...

Terima kasih kerana kamu semua masih  ada di blog ni..
Saya tak akan berhenti berkongsi apa sahaja berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak di sini sekiranya ada masa dan ruang. Cuma hati saya dah terhenti untuk terus berbakti pada mereka. Entah 1,2,3,4,5 tahun lagi.. Doakan yang baik-baik untuk saya dan kerja saya..




November 24, 2013

Pengiktirafan Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang 2013

Alhamdulillah..
Penantian selama 3 tahun akhirnya berbaloi-baloi..betulla apa yang teman2 eela selalu bagitau..
ada hikmah setiap apa yang berlaku..mungkin kita nak dapat yang lebih baik daripada tu....
19.November lepas...kami terlibat dengan Majlis Anugerah Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak, Raub..
37 buah sekolah yang bertanding dalam negeri pahang dan Aulad Bestari antara 12 buah sekolah yang tersenarai bagi pengiktirafan Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri... LIMA BINTANG...
Pada eela...inilah titik mula untuk eela buat yang lagi baik ..
Mungkin pada orang lain mereka senang nak terima pengiktirafan macam ni..sekali bertanding pun dah dapat 5 bintang....
Tapi tak pada Eela....3 tahun eela bekerja keras...sukar nak naik ke puncak Allah je yang tau...macam2 dugaan..macam2 pandangan serong kawan2 yang xpuas hati dgn apa yang eela buat...huh....cabaran namanya,,,

1st...Thanks alot pada judges.. En Ramli (Jurulatih Utama Negeri Pahang), Guru Besar SK Seri Biram, Guru Besar SK Paloh Hinai dari daerah Pekan yang datang memantau ke 3 buah sekolah yang terlibat dalam daerah Maran...Jasa kalian memang eela takkan lupakan..

To All off u in Group Cikgu Eela ...off course..korang adalah yang terbaik !!..






Kenangan bersama Guru Prasekolah Ulu Jempol dan Prasekolah SK Jengka 19 yang mewakili daerah Maran ..anda juga adalah pemenang!

 dari kiri : Eela, PPM ( Fazlinawati), Pengelia Prasekolah Maran (En Idzahar ), my BFF Prasekolah Aulad Bijak (Nur Sania)


MENINGGALKAN KENANGAN
( kami memang hantu bergambar ^_^  ..)







November 16, 2013

Suka Duka Minggu Terakhir Persekolahan

Syukur.....
Selesai segalanya... bermula tugas minggu terakhir yang lepas
Isnin- prepared and packing segala cenderahati untuk 48 aulad (hamper, stationary,stokin,  jersey pahang pun) wahh..memang mewah untuk korang!!

Selasa- Raptai penuh Hari Anugerah Pendidikan Cemerlang & Graduasi Prasekolah - reasel tarian bollywood prasekolah/ majlis potong kek dengan aulad 






Rabu- Berlangsung hari yang di tunggu. HAPC 2013

Khamis-  Jamuan akhir tahun ( makan nasi tomata ye...7 ekor ayam disponser oleh sorang parent, beras basmathi di sponsor oleh cikgu Sahizam... Cikgu J.Jamilah  menawar diri nak masakkan nasi tomato.. kami cuma sediakan ayam masak merah je....alhamdulillah..moga dimurahkan rezeki kepada yang banyak memberi :) ....tak habis nasi tomato..before balik cikgu x lupa bagi KFC  untuk u all semua :)


Jumaat - Meeting akhir tahun sampai rehat..huhu..then cikgu kelam kabut masuk ke kelas...clearkan buku-buku, file, peralatan lain untuk kita serahkan pada aulad semula..

walau cikgu sedih coz dah tak bersama dengan kalian lagi..and banyak kenangan manis dengan kalian semua...tp cikgu buang jauh2 perasaan sedih tu coz cikgu taknak kalian tau...walau cikgu kekadang marah terlebih...cikgu cuma nak kalian jadi manusia yang berguna...cikgu tau cikgu pegang kelas murid yang lemah...tp ingat pesan cikgu...
walau kamu jadi orang yang tak pandai, bukan duduk dalam kelas 1A nanti ..tapi kalau kamu rajin..kamu jaga sikap kamu..semua orang akan sayang kamu :) ..
opss...tetibe sedih :(

Layan gambar HAPC kat bawah ni ...



 with teman baik eela..Cikgu Nur Saniah







November 13, 2013

Majlis Apresiasi Prasekolah Daerah Maran

Alhamdulillah..setelah 7 tahun berkhidmat..tahun ni eela rasa tahun istimewa utk eela...
1st dulu eela dapat APC and kali ni kerja keras eela selama 7 tahun dalam bidang prasekolah akhirnya di ikhtiraf dan dihargai oleh PPD Maran...
Biar tujuan sebenar eela cuma nak share bahan yang eela buat, yg eela dapat..termasuklah kehadiran blog yang eela sayang ni..walau sekarang memang jarang jugak eela  update tapi walau camanapun eela akan cari masa sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk eela share dalam blog eela ni...
Selama 3 tahun lebih blog ni wujud..dah 2 kali eela join competition educational blogger peringkat kebangsaan under UPSI..alhamdulillah pernah merangkul tempat ke3 dan ke4..tahun ni pun eela still join..doa2kanla hope masih ada tempat blog eela ni di mata judges...

Seronok bila kita  dapat share sesuatu untuk kegunaan semua...dan dapat bersedekah dengan cara ni amat menenangkan hati eela..

SEKITAR MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH DAERAH MARAN
7 NOVEMBER 2013 (RABU)
DEWAN SEMINAR PPD MARAN

Raheela Azlan menerima pengiktirafan  atas sumbangannya seperti yang berikut:
  • Jawatankuasa Prasekolah Daerah Maran
  • Jurulatih Utama Pengurusan Prasekolah Daerah
  • Jurulatih ICT Negeri Pahang
  • Kelas Harapan Prasekolah Terbilang Per Negeri Pahang 2013
  • Kelas Penanda Aras dalam Negeri Pahang
  • Blogger Terbaik Prasekolah Peringkat Kebangsaan
















Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/