Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Prasekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Prasekolah. Papar semua catatan

September 14, 2013

Carta Pencapaian Murid Prasekolah untuk Literasi


Just for sharing Carta Pencapaian Murid Prasekolah khas untuk Literasi sahaja..bila dah terpampang dekat softboard macam ni baru kita perasan budak mana yang still tak kenal huruf, yang baru sampai kemahiran sukukata.. and aulad sendiri boleh tengok di mana tahap mereka..of cos la nanti dia nak berlumba dengan kawan-kawan dia pulak nak dapat stiker paling banyak :)..
if cikgu ada masa..buat sendiri lagi dapat kepuasan..tapi if tak sempat nak beli softcopy yang macam ni pun boleh :)
boleh edit and diberi dalam bentuk power point...
boleh hantar printing banner kalau nak nampak cantik : saiz dalam 2x 1 1/2 kaki
boleh contact eela...tengok di sidebar kanan anda..

Pelan Lantai Kelas Prasekolah



Actually ni pelan lantai asal yang eela cuba reka if suatu hari nanti tercapai nak ada kindergarden sendiri, macam ni la design nya mungkin :) insyaallah...teringin nak dapat kindergarden macam kat oversea..coz eela rasa bangunan prasekolah yang ada sekarang dah tak releven and harus di ubah. 

Pelan lantai ke-2 ni Eela just  ubah dari kelas asal and try letakkan apa yang sepatutnya ada tapi still takde kat bangunan kelas eela. 

Thanksgiving to the Floor Planner coz membuka ruang untuk eela ambil clipart yang comel2 untuk eela sempurnakan pelan lantai ni walau taklah secantik mana.


* Nota : Pelan ni sebenarnya tugasan Eela untuk subjek PRA3110

April 17, 2013

Fail Pengurusan Prasekolah 2013

Alhamdulillah....
Dah siap pun 15 fail and profil murid... Isi dalam dia jangan tanya ye...huhuhu..
masih dalam proses menyiapkan coz kami guru prasekolah di Pahang sebenarnya masih samar-samar dengan content bahagian dalam file ni.. tak diberi taklimat yang lebih terperinci...sedangkan surat dari KPM dah dikeluarkan sejak bulan 12 tahun lepas... nak tak nak buat,  kami terpaksa akur menyediakan juga file ni bimbang andainya nazir turun ke sekolah.. inilah jugak yang dia minta..

Dah elok before ni tahun 2010 nak 19 file, and dah complete kami buat, tetiba kena buat yang lain pulak....
iyelah... SAYA YANG MENURUT PERINTAH...
so, positifkan diri..rombak semula file..
dah hampir setengah tahun still belum complete coz eela pun busy dengan assignment...bahagianya kalau sehari tu ada 30 jam... n  tak perlu tidur langsung.... ( dah bukan manusia pulak)....huhu
ok..nilah hasilnya fail2 yang dah siap di balut, di tulangkan...kredit utk PPM yang banyak menolong...




Februari 27, 2013

15 Fail di kelas Prasekolah 2013



Cover file dah siap..tapi isi dalamnya masih samar-samar..saya terpaksa bertanya sahabat dari luar negeri Pahang..Untung kalau ada kawan seangkatan seluruh Malaysia ni..dapat berkongsi maklumat..


Januari 26, 2011

Contoh Fail Meja PPM

Kepada PPM yang still belum tau macamna nak buat fail meja ..di bawah ni ada contoh....u all boleh copy n print n potostat satu bundle terus untuk 270-280 hari....pada I bukan susahpun coz cuma nak tick sahaja kerja yang u all buat ataupun tak...Jangan plak u all sedap je tick kan sedangkan u all tak buat kerja tu...kadang2 pentadbir mungkin tak tau..Tapi Allah nampak sama ada kita responsible atau tak dengan kerja yang kita buat...tu semua kena ambil kira jugak coz kita di bayar gaji untuk tugas itu!!!....Selamat menjalankan tanggungjawab!!!..

Rutin Mingguan


 Tugasan Harian
(Jumlah muka surat 270-280) Hari Bekerja


Tugasan semasa cuti hujung tahun

Januari 25, 2011

Sistem Pengurusan Prasekolah 2011

Kepada semua Guru Prasekolah di Pahang, u all boleh muat turun Sistem Pengurusan Prasekolah 2011 disini.

  • Fail Meja PPM
  • Rancangan Tahunan Pendidikan Islam
  • Standard Pembelajaran
  • Contoh Jadual Waktu Prasekolah
  • Anggaran Belanjawan Mengurus Prasekolah
  • Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah
  • Contoh Rancangan Mengajar
  • Sistem Fail  Prasekolah
  • Web Tahunan
  • Instrumen Pemantauan Prasekolah
  • Butiran Maklumat Awal Rekod RM 

Disember 05, 2010

Jun 29, 2010

KRITERIA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH

 Warganegara Malaysia sahaja mengikut keutaaman berikut :

             MURID                            BAPA                                        IBU
 1.   Warganegara                  Warganegara                         Warganegara
 2.   Warganegara                  Warganegara                       Penduduk Tetap
 3.   Warganegara                Penduduk Tetap                      Warganegara
 4.   Warganegara                Penduduk Tetap                    Penduduk Tetap
 5                               Bukan warganegara tidak layak

Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun ke atas pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa,
(Keutamaan kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, jika tidak mencukupi barulah pemilihan dibuat dikalangan kanak-kanak berumur 4 tahun).

Keutamaan pemilihan berdasarkan kriteria berikut :
   
 1.3.1 Kanak-kanak yang mendaftar ke Tahun Satu di sekolah tersebut.
     
1.3.2 Merit pendapatan ibubapa/penjaga di bawah garisan kemiskinan dan ranking pendapaatn perkapita
         keluarga dari rendah ke tinggi seperti berikut:

  • kurang dari RM 1,000.00

  • RM 1,001.00 hingga RM 1,500.00

  • RM 1,501.00 hingga RM 2,000.00

  • RM 2,001.00 hingga RM 3,000.00

  • RM 3,001.00 hingga RM 4,000.00

  • RM 4,001.00 hingga RM 5,000.00

  • RM 5,001.00 ke atas    
1.3.3  Tanggungan ibubapa/penjaga. (keramaian anak yang masih belajar)
1.3.4  Status ibubapa/penjaga

Jumlah bilangan murid setiap kelas hendaklah seperti berikut :
1.4.1 Kelas perdana hendaklah tidak melebihi 25 orang murid.
 1.4.2 Kelas integrasi hendaklah tidak melebihi 7 orang murid.  

PROSES PERMOHONAN DAN PEMILIHAN

Pihak sekolah hendaklah membuat siaran permohonan murid prasekolah secara meluas dan menerima banyak permohonan sehingga tarikh tutup melalui kaedah berikut:

  • Banner' di kawasan hadapan sekolah

  • Surat pemakluman kepada penjaga yang anaknya didaftar di sekolah tersebut.

  • Poster yang ditampal di masjid, surau atau kedai.
Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatnkuasa Pemilihan Murid Prasekolah yang terdiri daripada:

  • Guru Besar                              : Pengerusi

  • GPK Pentadbiran                    : Naib Pengerusi

  • Guru Prasekolah                     : Setiausaha

  • Guru Tahap 1                         : AJK

  • Guru Tahap 2                         : AJK

  • Wakil Komuniti                      : AJK

  • Pembantu Pengurusan Murid  : Pencatat   
Semua permohonan hendaklah diperakui dan direkod oleh Jawatnkuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

Keputusan semua permohonan sama ada berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pemohon melalui surat rasmi.

Pihak sekolah hendaklah mengeluarkan surat tawaran dan borang penerimaan kemasukan murid prasekolah kepada ibubapa/penjaga yang berjaya.

Sekiranya terdapat calon yang menolak tawaran tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan berhak memilih calon-calon simpanan mengikut senarai keutamaan. 
Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/