Pengikut

Jun 29, 2010

Rezeki Si Anak Tupai...

Assalamualaikum..
Cerita Rezeki Si Anak Tupai yang saya post kali ni merupakan kejayaan Prasekolah Semaian Subur SK Jengka 11 pada tahun lepas apabila adik Wan Nurul Iqtiyani  Wan Muhammad berjaya  ke Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Pahang dan telah menggondol Naib Johan Bercerita Bahasa Melayu hanya tewas 2 mata dengan pihak lawan. Cerita ini telahpun saya dan Cikgu Norhayati Omar (umi Iqtiyani) edit supaya ia lebih menarik dan alhamdulillah inilah hasilnya..
Sehingga kinipun Si Cilik ini sentiasa menggondol JOHAN tidak kiralah walau competition lain pun yang disertainya..TAHNIAH!!!..kamu memang berbakat..



REZEKI SI ANAK TUPAI


Assalamualaikum dan salam 1 MALAYSIA. Kawan-kawan nak dengar cerita? Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Rezeki Si Anak Tupai’.


Dalam sebuah hutan, tinggal seekor anak tupai yang bernama Cici. Cici tinggal bersama ibunya. Dia sungguh pandai mencari makanan. Cici berani memanjat pokok dan melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.


Suatu pagi yang cerah, ibu Cici ingin mencari makanan.


“Hai anakku! Kamu duduk di sarang ya! Biar ibu yang pergi cari makan,” kata ibu Cici. Tetapi, Cici tidak bersetuju. Dia berkata dengan lembut,“Ibu, biarlah Cici yang pergi cari makanan,ibu berehatlah di sarang.”


Ibu Cici hanya tersenyum. Dia tahu anaknya itu sangat rajin mencari makanan.


“ Berhati- hati panjat pokok tu. Jangan sampai jatuh!, jerit ibu Cici.
Cici mendengar nasihat ibunya. Dia pun berlalu dari situ. Cici melompat dengan senang hati.

“ la..la..la..la..la..la..la (lagu anak tupai)


Tiba-tiba, Cici ternampak pokok durian. Buahnya sungguh banyak.


“Ibu tentu gembira jika aku memberi buah ini kepadanya,” bisik Cici. Kawan-kawan tahu, rupanya ada seekor monyet yang sedang memerhatikannya. Sang monyet tahu Cici ingin mengambil buah durian di pokok itu.

“Pokok ini milik aku!”. kata Sang Monyet dengan sombong dan marah.


“Jangan tamak Pak cik Monyet. Buah durian ini terlalu banyak!”. Laratkah pakcik untuk makan kesemuanya?” kata Cici dengan hampa.
Sang Monyet tetap tidak membenarkan Cici mengambil buah durian di pokok itu. Dia memandang Cici dengan wajah yang garang. Namun, Cici yakin rezekinya tetap ada jika ia terus berusaha


Akhirnya ada juga rezeki Cici. Dia menemui pokok pisang hutan. Buahnya sedang masuk ranum. Apalagi kawan-kawan, Cici pun makan pisang itu dengan gembira.


“Emm…sedapnya buah pisang hutan ini,” kata Cici sambil makan. Tiba-tiba Cici teringatkan ibunya di sarang. Apalagi kawan-kawan, Cici pun cepat-cepat makan beberapa biji pisang.


Kini Cici sudah kenyang. Ekkk… (sedawa) Dia bawa pisang hutan itu untuk ibunya. Dalam perjalanan pulang, Cici terdengar suara Sang Monyet yang sedang mengerang kesakitan. “Aduh!..Tolong..Tolong, sakitnya badan ini”.


Kawan-kawan tahu, rupanya Sang Monyet bernasib malang. Buah durian yang penuh dengan duri itu telah menimpa badannya. Kasihan sang monyet. Cici berasa simpati lalu berkata,“Inilah balasannya, kalau kita bersikap tamak”




Selepas kejadian itu, sang monyet selalu berkongsi makanan dengan kawan-kawan yang lain. Bak kata pepatah, hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.


Kawan-kawan, ingatlah pesanan ini:


Jangan sesekali kita bersikap tamak dan angkuh.
Dan berbaktilah kepada ibu dan bapa.


Manusia itu …

Matanya sebagai petunjuk,
Telinganya sebagai pendengar,
Lidahnya sebagai juru bahasa,
Hati adalah raja kepadanya.
Jika hati itu baik, maka baiklah seluruh bahteranya.




Sekian, terima kasih.


(We dan Umi yang menjadi tulang belakang SI CILIK)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/