Pengikut

Oktober 12, 2010

Allah SWT lebih mengetahuinya::.

Mengapa Allah Tidak Makbulkan Doa Saya?


Nabil: Mama, semalam Nabilah lapar. Nabilah doa…Tapi, Allah tak datang-datang pun..Allah dah mati kot

Saya: Isy, Allah tak pernah mati, Nabilah (jawab saya ringkas kerana masih memikirkan jawapan yang terbaik untuk pernyataannya)

Nabil: oo..kalau macam tu, mungkin Allah tengah tidur..atau Allah sedang sibuk
(Kali ini saya menumpukan perhatian kepada pernyataan anak perempuan saya..)

Saya: Nabilah, Allah tak mati dan Allah tak pernah tidur dan Allah tidak sibuk. Allah tidak sama macam manusia.

Nabil: Tapi..kenapa Nabilah doa, Allah tak datang pun? (datang atau dalam erti kata lain maqbulkan)

Saya: Nabilah, adakalanya Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu. Tetapi Allah akan makbulkannya pada masa yang lain. Dan adakalanya, Allah tidak makbulkan doa kita di dunia, tetapi Allah akan makbulkannya bila kita tiba di akhirat nanti.

Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu adalah untuk kebaikan kita. Dan Allah simpan doa kita untuk dimakbulkan pada masa yang lain, kerana itu lebih baik untuk kita.

Adakalanya, Allah simpan doa kita..sampai ke akhirat sana. Bila sampai di sana nanti, kita berharap semua doa kita akan dimakbulkan hanya di sana sahaja kerana ganjaran yang Allah simpan untuk kita adalah sangat-sangat besar.
Yakinlah bahawa, setiap apa yang Allah tentukan untuk kita, baik ke..buruk ke…Itulah perkara yang TERBAIK untuk kita.
Jadi, dalam keadaan apa pun, kita kena terus berdoa. Kerana itu tandanya, kita yakin dan saaaayang pada Allah. ok?


Nabil: (^o^)



Nota:
Saya tidak pernah saya tahu, samada Nabilah boleh memahami jawapan saya atau pun tidak. Memandangkan usianya baru 4 tahun++.
Hakikatnya, semua jawapan yang saya berikan adalah datangnya daripada Allah. Semoga usaha kecil ini dapat menjadi asbab pertambahan iman Nabilah dan iman saya juga. Aamin

Petikan dari: UMMU SOLIHIN

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Labels

Idealogi Cikgu Eela (91) Lembaran Kerja (53) Tema (45) Aktiviti murid (40) Craft (40) diari (34) BBM (32) Tunjang B.Malaysia (30) Hasil kerja murid (29) ABC (18) Clipart (17) keceriaan (17) Tunjang B.Inggeris (16) Aktiviti Prasekolah (15) Kreativiti (15) Tunjang STI (15) Nota Pendidikan Awal Kanak-Kanak (14) Asignment PRA (12) Cerita Kanak-Kanak (12) Info Semasa (12) Pengurusan Prasekolah (12) Aktiviti Prasekolah Zon Jengka (8) Banner (8) Download (8) LINUS (7) Nota Pendidikan Prasekolah (7) BBB (6) Brosur (6) Bulan Kemerdekaan (6) Decoration Class (6) Landskap pekebunan (6) Rekod Baca (6) menu PPM (6) Aktiviti menulis (5) Awal Matematik (5) Bunting (5) Creativity (5) Fizikal (5) ICT (5) Inovasi (5) Pemantauan (5) Theme (5) Bookmarks (4) FB Preschool Shoppe (4) Kolaj (4) Lagu Kanak-Kanak (4) Misi cuti sekolah (4) Origami (4) Takwim (4) Themes (4) Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai (4) Hiasan Kelas (3) Kenderaan (3) Lawatan (3) Motivasi Diri (3) Pekerjaan (3) Persediaan Awal Tahun (3) Tunjang Sosio Emosi (3) minggu orientasi (3) Aktiviti Sekolah (2) Anggota Badan (2) Boneka (2) FB Cikgu Group Eela (2) Pentaksiran (2) Playdough (2) Serangga (2) Tips (2) Tumbuh-tumbuhan (2) B.Malaysia Stem (1) Biodata Aulad Bestari (1) CNY (1) Cuaca (1) Diagram (1) Diorama (1) Grafik (1) Ilmu (1) Innovation (1) Institusi Awam (1) Jiran Saya (1) Kemudahan Awam (1) Kerja Cuti Sekolah (1) Logo (1) Pemulihan Khas (1) Pop up Card (1) Ringbook (1) Sayur-Sayuran (1) Scrap Book (1) Socio-Emotional Stem (1) Stem STI (1) Stickers Board (1) Tema Kenderaan Darat (1) Theme Land Vehicle (1) Video (1) flipped classroom (1)

Senaman Si Tommy

/