ADHD atau ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ adalah sejenis permasalahan tingkah laku yang paling lumrah dan dianggarkan melibatkan lebih dari 10% kanak-kanak berusia 18 ke bawah. Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, bagi sesetengah kanak-kanak ini tanda-tanda ADHD beransur kurang apabila mencecah dewasa namun 65% daripada mereka akan terus mengalami gejala tersebut ke usia lanjut.
SIMPTOM
·Sukar untuk menumpukan perhatian apabila belajar dan menghasilkan kerja yang tidak teratur, tidak terperinci dan mengandungi kesalahan yang tidak sepatutnya.
· Mudah teralih perhatian oleh perkara-perkara kecil dan sukar mendengar arahan.
·Tabiat kerja tidak teratur, kealpaan dalam aktiviti harian, gagal untuk menyelesaikan tugas-tugas seperti kerja rumah.
· Hiperaktif atau terlebih aktif
· Sukar untuk duduk diam, asyik menggeliat dan sering bergerak, berlari dan melompat
· Tidak berhenti bercakap dan selalu gelisah
· Impulsif
· Tidak penyabar dan sukar menunggu giliran
· Degil dan bertindak ikut suka hatinya
· Panas baran dan mudah mengamuk
Para saintis masih lagi belum jelas dengan punca ADHD yang sebenar. Rata-rata bersetuju ADHD dikaitkan dengan perkembangan otak yang kekurangan nutrisi tertentu, juga faktor-faktor lain seperti faktor genetik, akibat kecederaan kepada kepala kanak-kanak, berat badan yang kurang ketika dilahirkan dan pengaruh pencemaran/toksin kepada ibu ketika hamil seperti terdedah kepada plumbum dan dadah tertentu.
Namun, kajian terkini lebih mengaitkan faktor kekurangan nutrisi jenis asid lemak dan fosfolipid tertentu untuk perkembangan otak yang sihat. Sehingga kini lebih dari 3,000 kajian telah direkodkan bahawa fosfolipid jenis ‘Phosphatidylserine’ dan asid lemak omega-3 memberi kesan positif terhadap kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD.
Sumber: http://www.karangkraf.com/gaya-hidup/kanak-kanak-hiperaktif-1.282364
Tiada ulasan:
Catat Ulasan