Assalamualaikum..
Lembaran kerja yang saya upload ni adalah bayang-bayang untuk ujian literasi tulisan yang akan dijawab oleh murid Tahun 1..Memang sekarang ni saya agak sibuk memperbanyakkan latihan-latihan berkaitan dengan LINUS untuk budak-budak saya..Bila mereka dan masuk ke Tahun Satu nanti taklah jadi masalah pada mereka bila mereka menjawab soalan..sekarang pun dah bulan Julai..tinggal 3 bulan setengah je lagi nak follow up budak-budak ni..keluh kesah dibuatnya..biarlah orang nak kata, saya tak ikut sukatan ke..terlalu mendesak ke..Inilah hakikatnya..Inilah natijahnya..
Saya berharap sangat pihak pentadbir tidak menyalahkan guru prasekolah hanya kerana tiga empat orang murid daripada prasekolah tergolong dalam LINUS TEGAR..bagaimana pula dengan 20 atau 21 orang yang lain??..
Kita juga bukanlah sempurna dan murid-murid ini juga bukanlah datang dari tahap yang sama.
Nantikan lembaran-lembaran yang lain!!!...
Saya hanya ingin membantu dan permudahkan kerja guru-guru prasekolah kerana saya tahu apa yang cikgu semua alami sekarang...
1 ulasan:
Sy mohon halalkan worksheet yg dikongsi. Sy bukan guru, cuma nak guna exercise sheet utk aktiviti ulangkaji dirumah untuk anak sy berusia 5&6 tahun. tq atas perkongsian
Catat Ulasan